Ikan jadi pilihan ramai

Ikan jadi pilihan ramai

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Jan – Sering kali orang ramai banyak berkunjung ke pusat-pusat membeli-belah bagi mendapatkan barangan keperluan mereka, namun bagi mereka yang ingin mendapatkan ikan atau makanan laut yang segar, pasar ikan menjadi tumpuan bagi mereka.

Media Permata, hari ini, berpeluang untuk berkunjung ke Pasar Ikan Jerudong untuk meninjau jualan ikan serta makanan laut dan mendapati bahawa jumlah orang ramai yang berkunjung ke pasar itu amat memberangsangkan.

Menurut salah seorang penjual ikan di pasar berkenaan, Haji Ismail, jumlah orang yang membeli ikan di gerainya meningkat dan pendapatan baginya turut menunjukkan peningkatan.

Beliau menambah bahawa keadaan cuaca yang baik beberapa hari kebelakangan ini juga membolehkan sebilangan besar nelayan turun ke laut untuk menangkap ikan dan bekalan ikan-ikan segar juga meningkat.

Keadaan Pasar Ikan Jerudong yang penuh sesak dengan pembeli pada pagi kelmarin.
Keadaan Pasar Ikan Jerudong yang penuh sesak dengan pembeli pada pagi kelmarin.

Katanya, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan ikan dan makanan laut yang segar yang dijual pada harga yang kompetitif serta menarik.

Salah seorang pembeli ketika ditanya oleh Media Permata, Tom Hua, berkata bahawa beliau amat cenderung untuk membeli ikan-ikan dan makanan laut yang segar daripada membuat pembelian ikan di pasar-pasar raya.

Beliau akui bahawa terdapat juga perbezaan harga pada ikan segar tetapi harga itu adalah amat berbaloi jika dibandingkan dengan kesegaran serta kualiti ikan yang dijual di pasar berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA