Ikan lumba-lumba, sampah nanti pelayar

Ikan lumba-lumba, sampah nanti pelayar

RIO DE JANEIRO, 4 Ogos – Pelayar Olimpik yang bertanding di Rio de Janeiro mungkin perlu melalui perairan busuk dan bertemu dengan sampah yang terapung.

Bagaimanapun, jika bernasib baik mereka mungkin akan belayar dengan puluhan ikan lumba-lumba yang hidup di Teluk Guanabara.

Walaupun dicemari dengan kumbahan yang tidak dirawat dan pencemaran toksik yang mengalir ke perairan Teluk Guanabara, 34 ekor ikan lumba-lumba dikatakan hidup dan makan di teluk berkenaan.

pg24_160805_olympic logo

Pelayar Korea Selatan, Changju dan Jihoon belayar melalui Gunung Sugarloaf semasa sesi latihan di Rio de Janeiro Guanabara Bay menjelang Sukan Olimpik Rio 2016 Rabu lalu. – AFP
Pelayar Korea Selatan, Changju dan Jihoon belayar melalui Gunung Sugarloaf semasa sesi latihan di Rio de Janeiro Guanabara Bay menjelang Sukan Olimpik Rio 2016 Rabu lalu. – AFP

Namun, bilangan ikan lumba-lumba di Teluk Guanabara menurun mendadak daripada 400 pada 1980-an, menurut ahli-ahli biologi marin yang menjejaki spesis berkenaan.

Saintis memberi amaran bahawa mamalia kelabu yang menghiasi logo bandar Rio de Janeiro itu akan pupus dari Teluk Guanabara dalam masa beberapa tahun.