Ikan makin kurang – kajian

Ikan makin kurang – kajian

PERANCIS, 20 Jan – Anggaran jumlah tangkapan sebenar ikan di peringkat global kurang daripada separuh sejak 1950, dengan berpuluh juta tan tidak dilaporkan setiap tahun, menurut satu kajian yang memberi amaran simpanan sekarang mungkin semakin berkurangan.

Menurut laporan itu, kira-kira 109 juta tan ikan ditangkap pada 2010, 30 peratus lebih tinggi berbanding 77 juta tan yang dilaporkan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). “Ini bermakna hampir 32 juta tan tangkapan tidak dilaporkan tahun itu, lebih daripada berat keseluruhan penduduk Amerika Syarikat,” menurut kajian yang dikendalikan Universiti of British Columbia, Kanada.

Pengarah program marin global kumpulan hijau WWF, John Tanzer, turut menyifatkan laporan itu sebagai berita buruk.

“Kita kini perlu kerja lebih dan tetap mendapat hasil yang kurang,” katanya kepada AFP melalui telefon dari Abu Dhabi.

Anggaran hasil tangkapan yang lebih tinggi tidak mengejutkan, kata Tanzer, tetapi hasil kajian yang ditunjukkan itu amat membimbangkan. – AFP