Ikan yu baham peluncur AS di Bali

Ikan yu baham peluncur AS di Bali

JAKARTA, 27 April – Seorang pelancong dari Amerika Syarikat cedera selepas dia diserang oleh seekor ikan yu semasa bermain luncur air di pulau peranginan Bali, Indonesia, lapor media hari ini.

Ryan Boarman, 24, mengalami kecederaan serius di tangan kanannya akibat diserang ikan yu di luar pantai Bali pada Isnin, kata Pujarini, seorang doktor yang merawatnya, menurut laman web berita Tribun Bali.

“Kecederaan amat teruk dan memerlukan beberapa jahitan,” dia dipetik sebagai berkata.

Pantai Bali, yang popular dalam kalangan peluncur air, diketahui mempunyai kehadiran ikan yu besar, ujar seorang nelayan kepada laman berita. – dpa