Ikat jamin dinaikkan

Ikat jamin dinaikkan

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Ogos – Mahkamah Tinggi, hari ini, membuat perubahan kepada ikat jamin dua lelaki tempatan yang menghadapi pertuduhan mengedar dadah.

pg06_150811_mahkamah logo2

Mohd Aizamry bin Nasri dan Shah Rony @ Mohammad Zieyad bin Abdul Rahman berdepan hukuman mati atas dakwaan mengedar masuk 214.15 gram Methlamphetamine ke Brunei Darussalam pada 11 Oktober 2014 sekitar jam 5:37 petang. Ketua Hakim Dato Seri Paduka Haji Kifrawi bin Dato Paduka Haji Kifli mengubah ikat jamin Mohd Aizamry kepada $20,000 dan $40,000 atau dua orang penjamin tempatan manakala ikat jamin ke atas Shah Rony dinaikkan kepada $10,000 tunai atau ikat jamin $20,000 bagi dua orang penjamin tempatan.