Ikat jamin dua beradik dilanjutkan

Ikat jamin dua beradik dilanjutkan

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Nov – Mahkamah Perantaraan di sini, semalam, melanjutkan ikat jamin dua orang adik-beradik yang berdepan pertuduhan mencederakan dengan menggunakan senjata yang membahayakan.

Mat Salleh bin Haji Ismail, 45, berdepan pertuduhan mencederakan seorang lelaki tempatan menggunakan samurai di sebuah rumah di Kampung Perpindahan Lambak Kanan pada 2 November 2015, kira-kira jam 8 pagi.

pg06_151116__mahkamah logo2

Tertuduh bersama adiknya, Murni bin Haji Ismail, 43, juga berdepan dakwaan menceroboh kawasan rumah itu selain turut menghadapi tuduhan memiliki samurai dan kapak.

Hakim Pengiran Hajah Hanani binti Pengiran Haji Metussain menetapkan 5 Disember untuk sebutan semula.

ARTIKEL YANG SAMA