Ikat jamin dua warga M’sia ditolak

Ikat jamin dua warga M’sia ditolak

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Dis – Permohonan dua orang lelaki, masing-masing warga Malaysia dan tempatan untuk dilepaskan atas ikat jamin ditolak oleh Mahkamah Majistret, hari ini, sebaliknya diarahkan untuk ditahan reman di Balai Polis Pusat untuk membantu siasatan polis.

Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Haji Abdul Rahman mengarahkan Rafidy bin Matbaraim, 35, dan Mohammad Za’al Azhar bin Rahman, 33, yang berdepan dakwaan mencuri ditahan reman sehingga sebutan seterusnya pada 12 Januari.

Kedua-dua tertuduh didakwa mencuri satu gas silinder, satu hampagas, satu ketuhar dan satu sistem teater rumah dari sebuah rumah di RPN Kampung Mentiri antara 18 sehingga 22 November 2015.

Rafidy bersama seorang rakannya yang masih bebas, juga berdepan kesalahan mencuri satu unit televisyen Toshiba, lima meriam antik, jambangan bunga, penyambungan kabel, kotak yang mengandungi pingat-pingat kebesaran diraja dan pedang antik dari sebuah rumah di Kampung Telanai pada 14 September 2015.

pg01_150108_mahkamah logo

Mereka didakwa di bawah Seksyen 380 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang memperuntukkan penjara sehingga tujuh tahun dan juga denda.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nor ‘Adliatul Hidayah binti Haji Mohd Zaidi.

ARTIKEL YANG SAMA