IKEA laksana penghantaran ke rumah global

IKEA laksana penghantaran ke rumah global

STOCKHOLM, 4 Jun (AFP) – Syarikat perabot Sweden, IKEA, mengumumkan semalam bahawa ia akan mengembang perkhidmatan jualan Internetnya untuk memasukkan penyerahan rumah di semua negara yang mempunyai kedainya.

Kebayakan laman Internet nasional syarikat hanya membenarkan pembeli-belah untuk memeriksa barangan yang ada di Internet, tanpa menawarkan penyerahan, dengan kekecualian beberapa pasaran lama termasuk Sweden, Perancis dan Kanada.

“Kami sedang meningkat kepesatan dalam mengubah IKEA kepada peruncit pelbagai saluran dan sedang mengeluarkan e-dagang di semua pasaran dalam tempoh beberapa tahun akan datang,” kata Ketua Eksekutif Kumpulan IKEA, Peter Agnefjall dalam satu kenyataan.

Ia juga mengumumkan bahawa Kumpulan IKEA akan memindah beberapa syarikat – termasuk IKEA Bekalan (logistik) dan IKEA Industri (perabot kayu) – ke syarikat pegangannya Inter IKEA Systems.

Menurut IKEA, perubahan itu tidak akan membabitkan lebihan dan membenarnya menumpu lebih pada jualan dalam kedai dan Internet, sementara Inter IKEA Systems menjaga perniagaan lain.

Kumpulan itu tidak mendedahkan butir-butir lanjut urus niaga di antara syarikat pegangannya yang berpangkalan di Belanda.

Struktur perniagaan sebenar dalam empayar perabot Sweden – terutamanya pengagihan keuntungan dalam keluarga pengasas Ingvar Kamprad, 89 – masih belum didedahkan.

Terdapat 361 kedai IKEA di seluruh dunia pada akhir 2014 dan kumpulan itu melaporkan jualan sebanyak 29.3 bilion euro untuk tahun 2013 hingga 2014 dan keuntungan bersih sebanyak 3.3 bilion euro.

ARTIKEL YANG SAMA