Iklan produk China papar isu perkauman

Iklan produk China papar isu perkauman

BEIJING, 29 Mei – Pembuat sabun cuci pakaian di China meminta maaf atas kesan yang ditimbulkan oleh penyebaran satu iklan di mana seorang lelaki kulit hitam ‘dicuci’ oleh produknya berubah menjadi lelaki Asia berkulit cerah.

Shanghai Leishang Cosmetics Ltd Co berkata ia mengecam dan mengutuk diskriminasi perkauman tetapi menyalahkan media asing kerana menyebar iklan tersebut, yang pertama muncul di media sosial China pada Mac tetapi dihentikan selepas ia menerima bantahan pada minggu ini ekoran laporan media.

“Kami meluahkan rasa kesal bahawa iklan sepatutnya akan mencetuskan kontroversi,” kata kenyataan yang dikeluarkan lewat semalam. “Namun kami tidak akan mengabaikan tanggungjawab terhadap isi kandungan yang bersifat kontroversi itu.”

“Kami meminta maaf atas kesan yang ditimbulkan kepada penduduk Afrika disebabkan penyebaran iklan dan peluasan berlebihan oleh media,” kata syarikat. “Kami benar-benar berharap orang awam dan media tidak akan terlalu membacanya.”

Iklan untuk titisan sabun cuci pakaian Qiaobi menunjukkan seorang lelaki kulit hitam memasuki sebuah bilik dan cuba berfoya-foya dengan seorang wanita Asia. Dia membawa sebaldi cat, memakai pakaian kotor dan mempunyai wajah kotor. Wanita itu memberinya titisan sabun cuci dan memasukkan badannya dalam mesin pencuci. Apabila kitaran sudah selesai, seorang lelaki Asia berkulit cerah dalam kemeja-T putih muncul dan wanita itu berasa gembira.

Apabila bercakap kepada akhbar nasionalis China The Global Times, Wang daripada Leishang berkata kritikan adalah “terlalu sensitif,” dan isu diskriminasi perkauman tidak pernah timbul ketika penerbitan video.

Isi kandungan iklan menghidupkan semula perbincangan mengenai diskriminasi perkauman di China, di mana prasangka terhadap orang kulit hitam mungkin diketepikan. – AP

ARTIKEL YANG SAMA