Iklim Pemasaran Islam perlu diperkembang

Iklim Pemasaran Islam perlu diperkembang

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Nov – Makanan halal dan kewangan Islam adalah dua bahagian utama dalam pemasaran Islam yang paling pesat berkembang di dunia selain produk keagamaan dan fesyen, akan tetapi masih banyak ruang untuk peluang pertumbuhan yang masih belum dimanfaatkan dalam pasaran berkenaan.

Pemasaran Islam ini dijelaskan oleh penceramah undangan dari ESSEC Business School, Asia Pasifik, Profesor Cedomir Nestorovic semasa majlis ceramah bertajuk ‘Understanding Islamic Marketing Environment’ anjuran Alliance Francaise de Brunei yang berlangsung di Pejabat Alliance Francaise de Brunei, Jalan Batu Bersurat, hari ini.

Hadir pada majlis itu ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman. Turut hadir ialah Duta Perancis ke Negara Brunei Darussalam, Loan Forgeron.

Dalam ceramahnya itu, Profesor Cedomir Nestorovic telah menjelaskan bahawa terdapat beberapa cabaran unik yang timbul di persekitaran pemasaran Islam, dari segi pembangunan ekonomi, adat tradisi dan sistem politik serta undang-undang, yang mana ia berbeza sifatnya di dunia Islam.

Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan Duta Perancis hadir bagi mendengarkan ceramah berkenaan.
Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan Duta Perancis hadir bagi mendengarkan ceramah berkenaan.
Profesor Cedomir Nestorovic ketika menyampaikan ceramahnya bertajuk ‘Understanding Islamic Marketing Environment’.
Profesor Cedomir Nestorovic ketika menyampaikan ceramahnya bertajuk ‘Understanding Islamic Marketing Environment’.

Beliau yang mengajar Geopolitik selama lebih dari 20 tahun dan berpengkhususan dalam perniagaan Islam selama 10 tahun, telah menekankan bahawa perkara berkenaan tidak boleh diabaikan dan perlu diambil kira dari segi budaya dan geopolitik di kawasan/rantau pemasaran Islam diamalkan bagi mengelakkan sebarang perangkap etnosentrik, agar dapat menjamin syarikat dan pemasar untuk menjalankan analisis dan penyelidikan yang mendalam terhadap alam sekitar.

Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa kewangan Islam di Asia Tenggara mewakili hanya 8 peratus daripada jumlah aset di negara-negara Asia Tenggara. Ini bermakna, begitu banyak ruang untuk perkembangan bagi kewangan Islam di rantau ini.

ARTIKEL YANG SAMA