Iklim perlu dijaga

Iklim perlu dijaga

SEWARD, Alaska, 2 Sept (Reuters) – Presiden Barack Obama berjalan di lorong berliku-liku, melepasi tiang kecil dengan tanda “1926” dan anak sungai glasier menitis di batu kelikir yang telah dihakis oleh ais daripada kemuncak gunung.

Beliau sampai ke satu lagi tiang berbunyi “1951”, penanda untuk pinggir Glasier Keluar Alaska pada tahun itu, dan merenung ke atas di mana bongkah air batu telah susut, satu suku batu dari kawasan itu.

“Ia adalah papan tanda yang baik tentang pengendalian kami mengenai perubahan iklim,” beritahu Obama kepada wartawan berhampiran pusat glasier.

Ia adalah saat istimewa perjalanan Obama ke Alaska, bertujuan menarik tumpuan dunia kepada kemusnahan yang disebabkan oleh kenaikan paras laut, dan mendesak pemimpin dunia mencapai satu perjanjian di Paris pada Disember untuk mengawal pengeluaran karbon yang mengubah iklim.

Pada tahun lalu sahaja, Glasier Keluar cair dan berundur 187 kaki ke padang ais Harding, yang dengan sendirinya telah kehilangan 10 peratus daripada jisimnya sejak 1950, terutamanya disebabkan perubahan iklim.

Presiden Amerika ketika meninjau perubahan iklim di Alaska. – Reuters
Presiden Amerika ketika meninjau perubahan iklim di Alaska. – Reuters

“Ia amat menakjubkan,” kata Obama, melihat sepintas lalu dan berhenti sejenak, tatkala kamera ditekan. “Kami mahu memastikan cucu kami sendiri boleh melihatnya.”

Tujuan utama perjalanan Alaska adalah untuk mewujudkan imej berpengaruh yang akan digunakan oleh Rumah Putih untuk membabitkan warga Amerika.

Obama semalam merakam satu episod rancangan televisyen NBC, ‘Running Wild with Bear Grylls,’ dijangka disiarkan pada hujung tahun ini.

Seterusnya beliau mengunjungi Resurrection Bay dengan menaiki bot yang mengambil masa tiga jam untuk melihat Glasier Bear sepanjang 12 batu di Taman Negara Kenai Fjords, yang terpanjang daripada 38 glasier yang bergerak daripada padang ais Harding.

Glasier Bear telah surut lebih daripada dua batu dalam tempoh 15 tahun lalu, dengan sebahagian besar bongkah air batu gugur ke dalam sebuah tasik di dasarnya.