Ikrar laksana...

Ikrar laksana TPP

TOKYO, 18 Mei – Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dan rakan sejawatannya dari New Zealand Bill English pada Rabu bersetuju meneruskan kerjasama di bawah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) walaupun tanpa Amerika Syarikat, lapor agensi berita Jepun Jiji Press.

Selain itu, kedua-dua pemimpin turut bersetuju bekerjasama berkaitan perkembangan terkini isu teknologi nuklear dan peluru berpandu Korea Utara dan isu Laut Cina Selatan. – Bernama