Ikrar pertahan ‘setiap inci’ wilayah

Ikrar pertahan ‘setiap inci’ wilayah

JAKARTA, 16 Ogos – Presiden Joko Widodo berjanji hari ini akan mempertahankan setiap tanah dan wilayah laut di Indonesia, ekoran pertempuran dengan kapal China di sekitar pulau Indonesia di Laut China Selatan.

Dalam ucapan negara beliau juga berkata Indonesia ‘terbabit secara aktif’ dalam usaha mencapai penyelesaian aman terhadap perbalahan serantau mengenai pemilikan pulau di Laut berkenaan.

Penekanan Widodo mengenai kedaulatan ke atas pulau Natunas – dan perairan yang kaya dengan sumber di sekeliling mereka – berlaku ketika ketegangan laut yang sengit di antara Beijing dan Jakarta selepas pertempuran berkali-kali di sana.

“Kami sedang memajukan rantau seperti Entikong, Natuna dan Atambua supaya dunia boleh melihat bahawa Indonesia adalah sebuah negara yang besar, dan setiap tanah dan perairannya dijaga dengan baik,” kata beliau dalam ucapan yang disiarkan di televisyen yang tidak merujuk secara langsung kepada China.

Entikong dan Atambua adalah wilayah terpencil Indonesia yang bersempadan dengan Malaysia dan Timor Timur masing-masing.

Joko Widodo (kiri) menyampaikan ucapan semasa parlimen di Jakarta pada 16 Ogos. – AFP
Joko Widodo (kiri) menyampaikan ucapan semasa parlimen di Jakarta pada 16 Ogos. – AFP

Komen beliau keluar tatkala Jakarta bersedia untuk menyambut hari kemerdekaan esok dengan menenggelamkan puluhan bot asing yang dirampas kerana menangkap ikan secara haram di perairan Indonesia.

Kerajaan berkata sebelum ini bahawa kapal China adalah antara mereka yang ditenggelamkan. Penenggelaman sebuah kapal China yang besar yang ditangkap menangkap ikan secara haram di sekitar Natunas pada Mei menerima teguran dari Beijing.

Tidak seperti beberapa negara jiran Asia Tenggara, Indonesia telah lama menegaskan ia tidak mempunyai perbalahan laut dengan China di Laut China Selatan dan tidak mempertikai pemilikan mana-mana wilayah di sana.

Namun tuntutan Beijing bertindih dengan zon ekonomi eksklusif Indonesia – perairan di mana sebuah negara mempunyai hak untuk mengeksploitasi sumber – sekitar Natunas.

Terdapat pertambahan dalam pertempuran di sana antara bot peronda dan tentera laut Indonesia dan kapal penangkapan ikan dan pengawal pantai China. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA