Ikrar rangsan...

Ikrar rangsang kerjasama kewangan BRICS

BADEN-BADEN, Jerman, 19 Mac – China akan bekerjasama secara efektif bersama pihak-pihak berkenaan untuk merangsang kerjasama kewangan dalam kalangan negara-negara BRICS dan meraih lebih banyak pencapaian, kata menteri kewangan China dan ketua bank pusat.

Mereka membuat kenyataan itu pada Jumaat semasa sidang kemuncak BRICS bagi menteri-menteri kewangan dan bank-bank pusat di bandar Baden-Baden barat daya Jerman.

Menteri Kewangan China, Xiao Jie menyedari yang BRICS, termasuk Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan, telah berkoordinasi secara terus dan memperkukuhkan kerjasama dalam sektor kewangan dan membuat sumbangan besar dalam mempromosi pertumbuhan bagi BRICS dan ekonomi dunia serta memperbaiki penguasaan ekonomi global.

Xiao berkata BRICS dalam beberapa tahun kebelakangan telah membuat pencapaian penting seperti penubuhan New Development Bank BRICS, Contingent Reserve Arrangement, menawarkan platform penting bagi pembaharuan dan memperkukuhkan kerjasama kewangan dalam kalangan negara-negara BRICS.

Para perwakilan bergambar ramai semasa sidang kemuncak BRICS bagi menteri-menteri kewangan dan bank-bank pusat di bandar Baden-Baden barat daya Jerman pada 17 Mac. – Xinhua
Para perwakilan bergambar ramai semasa sidang kemuncak BRICS bagi menteri-menteri kewangan dan bank-bank pusat di bandar Baden-Baden barat daya Jerman pada 17 Mac. – Xinhua

Pada tahun ini, China akan berusaha untuk mempromosi mekanisme kerjasama BRICS yang ada, dan sementara itu meneroka kerjasama dalam bidang-bidang kongsi sama awam-swasta, merangsang penumpuan standard kira-kira dalam pengeluaran bond dan berkenaan pengauditan serta pencukaian, dalam bidaan untuk mengangkat kerjasama kewangan pada masa ini ke peringkat baru, kata Xiao.

Gabenor bank pusat China, Zhou Xiaochuan, pada hari yang sama, berkata BRICS seharusnya meningkatkan langkah kerjasama di bawah rangka kerja Kumpulan 20 (G20), terutama dalam bidang reka bentuk kewangan antarabangsa, termasuk kewangan dan kewangan hijau.

Zhou mencadangkan BRICS seharusnya membincangkan topik-topik dalam meningkatkan rangkaian susun atur institusi kewangan dan perkhidmatan, mempromosi pertukaran mata wang dan pembayaran dalam mata wang tempatan, dalam bidaan untuk merangsang kerjasama kewangan pragmatik dan bersedia bagi sidang kemuncak pemimpin-pemimpin negara BRICS di Xiamen, China pada September. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA