Ikuti kisah penuh kepiluan dalam Amsyar

Ikuti kisah penuh kepiluan dalam Amsyar

ULASAN SIRI TV OLEH RUZAINI HAJI DAUD

 

SEBUAH kisah kekeluargaan yang mencengkam emosi, Amsyar membariskan pelakon seperti Ben Ladin, Redza Rosli, Elly Mazlein, Nafiz Muaz, Hairi Safwan, Faralyna Idris dan ramai lagi

Ia merupakan sebuah drama yang diarahkan oleh Murali Abdullah dan diterbitkan oleh Zeel Production.

Pada dasarnya, ia mengisahkan mengenai Amsyar lakonan Ben Ladin yang merupakan anak tunggal kepada Farid lakonan Kairul Nizam dan Arfah lakonan Faralyna Idris.

Selepas pemergian ibu bapanya, tiada siapa yang hendak menjaganya. Apatah lagi Amsyar masih muda dan masih bersekolah.

Apabila hendak menumpang duduk di rumah bapa saudaranya ada sahaja yang tidak menyukainya.

Barisan pelakon yang membintangi siri drama Amsyar.
Barisan pelakon yang membintangi siri drama Amsyar.

Adik beradik kepada arwah ayahnya cukup benci akan Amsyar. Mereka bukan sahaja sering memarahinya, malah menderanya dan memukulnya semahu hati.

Tiada sesiapa yang ingin menjaganya kecuali Shahrul lakonan Redza Rosli, Pak Ngahnya. isteri Shahrul, Lia lakonan Juedian Omar langsung tidak menyukainya dan mengangap dia adalah satu bebanan.

Namun, Shahrul tidak sampai hati untuk menghantar anak saudaranya itu ke rumah anak-anak yatim.

Tidak ingin menyusahkan bapa saudaranya, Amsyar lebih rela untuk menetap di sebuah rumah yang menempatkan anak-anak yang kurang bernasib baik sepertinya.

Malangnya, Teratak Kasih itu tidak dapat menerima penghuni baru pada ketika itu. Jadi terpaksalah dia berpindah-randah ke rumah ahli keluarga yang membencinya itu dan terus terseksa. Kehidupan Amsyar amat derita dan dia diperlakukan seperti bola.
Amsyar pernah jatuh sakit dan pengsan akibat tidak tahan dengan penderaan yang diharunginya. Siapakah Amysar ini dan adakah penderaan akan berakahir.

Untuk mengetahuinya, jangan terlepas untuk terus mengikuti siri drama Amsyar yang ditayangkan pada setiap hari Selasa hingga Ahad jam 8.30 malam di slot Azalea TV9.

ARTIKEL YANG SAMA