Ikuti program lawatan kewartawanan

Ikuti program lawatan kewartawanan

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 April – Wartawan dari Media Permata, Pengiran Fairol Rezal Malek Faesal hari ini berlepas ke Jakarta bagi mewakili Negara Brunei Darussalam dalam Program Lawatan Kewartawanan selama 10 hari.

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei untuk mengucapkan selamat belayar pagi tadi ialah Setiausaha Pertama Kedutaan Republik Indonesia, Shinta Hapsari.

Program lawatan Kewartawanan yang bertemakan “City of Lights, Four Kings and the Island of God” merupakan anjuran Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Republik Indonesia yang mengumpulkan wartawan-wartawan dari ASEAN dan Timor-Leste untuk melawat ke beberapa buah tempat di Indonesia dan Duta Besar Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam telah menjemput seorang wartawan tempatan untuk menyertainya.

Wartawan Media Permata, terpilih untuk mengikuti Program Lawatan Kewartawanan 2016 di Indonesia bersama Shinta Hapsari.
Wartawan Media Permata, terpilih untuk mengikuti Program Lawatan Kewartawanan 2016 di Indonesia bersama Shinta Hapsari.

Antara tempat yang akan dilawat oleh para media ialah Kepulauan Jawa, Bali dan Papua Barat.

Program Lawatan itu bermula pada 10 hingga 20 April ini merupakan kali pertama diadakan dan berharap wartawan-wartawan yang menyertai program tersebut akan mengongsikan kunjungan manis mereka di sana nanti di samping dapat mengenali dan menyebarluaskan lokasi-lokasi pelancongan popular yang ada di Indonesia

Pengiran Fairol berharap selepas mengikuti program ini nanti, ia akan dapat memberikan panduan kepada masyarakat Negara Brunei Darussalam untuk melawat ke tempat-tempat menarik terutama di Negara Indonesia yang beliau kunjungi nanti.

ARTIKEL YANG SAMA