Imam kotakan janji buat larian

Imam kotakan janji buat larian

ALOR SETAR, 23 Dis (BH) – Imam dari Kuala Kedah, Nasir Abas, 60, menamatkan misi larian solo 10 hari membabitkan jarak kira-kira 500 kilometer (km) dari Stadium Shah Alam ke Stadium Darul Aman.

Bekas tentera yang lebih dikenali Pak Nasir itu tiba di Stadium Darul Aman kira-kira jam 5.40 petang tadi.

Terdahulu, sepanjang larian menuju Stadium Darul Aman, Pak Nasir diiring meriah penyokong skuad Helang Merah, sebelum ketibaannya disambut lebih 300 penyokong, termasuk EXCO Belia dan Sukan negeri, Aminuddin Omar.

Pak Nasir memulakan misi larian solo berkenaan sebagai menunaikan nazar selepas pasukan bola sepak Kedah mara ke final Piala Malaysia.

ARTIKEL YANG SAMA