Imam masjid Kampung Batong dirai

Imam masjid Kampung Batong dirai

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 April – Jawatankuasa Takmir Masjid Jefri Bolkiah Kampung Batong dengan kerjasama Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampung (MPK) Batong, semalam, telah mengadakan Majlis Penghargaan dan Perpisahan bagi Imam Masjid Kampung Batong, Haji Asmad bin Haji Tuah yang telah bersara wajib mulai 17 Januari 2016.

Majlis yang berlangsung di Masjid Jefri Bolkiah, itu dihadiri oleh jemaah masjid, ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Jefri Bolkiah dan Jawatankuasa MPK Batong.

Majlis Perpisahan diselajurkan dengan penyampaian cenderahati kepada Haji Asmat yang disempurnakan oleh Ketua Kampung Batong, Haji Saban bin Lamat yang juga selaku Penasihat Jawatankuasa Takmir Masjid Jefri Bolkiah.

Haji Asmad menerima cenderahati daripada Haji Saban (kanan) selaku Penasihat Ahli JawatankuasaTakmir Masjid Jefri Bolkiah.
Haji Asmad menerima cenderahati daripada Haji Saban (kanan) selaku Penasihat Ahli JawatankuasaTakmir Masjid Jefri Bolkiah.

Haji Asmat telah mula berkhidmat di Masjid Jefri Bolkiah yang baru digunakan, mulai pada 26 Julai 2013. Sebelumnya beliau merupakan Guru Ugama Terlatih selama lapan tahun dan dilantik sebagai imam di Masjid Kampung Tanjung Bunut dan Masjid Kampung Masin selama 20 tahun sehingga beliau bersara wajib.

Sepanjang perkhidmatannya di Masjid Jefri Bolkiah, beliau telah menjalankan kegiatan dakwah dan kuliah kepada jemaah masjid, Belia Masjid dan Muslimah Masjid, menubuhkan kelas dikir yang telah meraih juara senegara selama dua tahun berturut-turut.

Selain itu, beliau juga aktif dengan kegiatan-kegiatan kebajikan yang dianjurkan oleh penduduk kampung di kediaman masing-masing.

ARTIKEL YANG SAMA