Imam Mesir imamkan solat Tarawih

Imam Mesir imamkan solat Tarawih

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Jun – Sempena bulan Ramadan Al-Mubarak ini, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dengan kerjasama kerajaan Republik Arab Mesir telah mendatangkan seorang imam dari Masjid Al-Huda Ismailiah, Mesir, Ahmed Mohammed Hadi Mohammed untuk mengimamkan solat sunat Tarawih di beberapa buah masjid yang terpilih di negara ini bermula kelmarin.

Sebagai lokasi pertama, beliau telah mengimamkan solat sunat Tarawih di Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Jerudong, kelmarin dan hari ini di Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop.

Manakala itu, esok (23 Jun) beliau akan ke Masjid Perpindahan Lambak Kanan; 24 Jun di Masjid Sultan Sharif Ali, Sengkurong; 25 Jun di Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait; 26 Jun di Masjid Lambak, Berakas; 27 Jun di Masjid Jubli Perak Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jangsak; 28 Jun di Masjid SSBR Pengiran Anak Damit, Manggis/Madang; 29 Jun di Masjid Setia Ali, Pekan Muara; 30 Jun di Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, Mulaut; dan 1 Julai di Masjid Ash-Shaliheen.

Beliau yang berada di Brunei selama 13 hari akan pulang ke Republik Arab Mesir pada 2 Julai ini. Imam Ahmed Mohammed mempunyai kelulusan perundangan dari Universiti Al-Azhar, Mesir pada tahun 1987, malah beliau juga memegang kelulusan dalam bidang pendidikan dari Kolej Pendidikan di universiti yang sama pada tahun 2014, dan kini beliau telah menjawat jawatan sebagai ‘Koran Affairs Prompt’.

Imam Ahmed Mohammed ketika mengimamkan solat sunat Tarawih di Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop.
Imam Ahmed Mohammed ketika mengimamkan solat sunat Tarawih di Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop.

ARTIKEL YANG SAMA