Iman sebagai terapi diri lebih positif

Iman sebagai terapi diri lebih positif

SEPERTI hadirnya siang dan malam, panas serta hujan, begitulah kehidupan manusia yang tidak dapat lari daripada suka duka, mencapai kejayaan atau berdepan masalah. Namun, ancaman besar adalah kejahatan dan kezaliman yang dilakukan kepada diri sendiri. Kita tahu apa yang dilakukan itu salah, dilarang oleh Allah SWT tetapi dibuat juga.

Kita sanggup menjadi orang yang negatif, tidak disenangi manusia dan dimurkai Allah SWT. Ciri-ciri orang negatif ialah suka bersaing dan hendak menang sahaja. Jika bercakap, dia sahaja yang betul dan tidak mahu mendengar pendapat orang. Dalam apa-apa perkara sekali pun hendak banyak dan tamak, tidak fikir orang lain, bolot seorang sahaja. Sangat memikirkan apa orang kata bukan apa yang Allah SWT reda, selalu memikirkan nilai diri bergantung pada kedudukan, keturunan, pangkat dan kekayaan. Tidak berilmu, suka memberi alasan, tidak bersyukur, kedekut serta tidak tahu menjaga perasaan orang lain.

Cenderung berubah

Oleh itu, hendaklah kita berubah atau mengelakkan diri daripada tergolong sebagai seorang yang negatif sebaliknya menjadi seorang bersifat positif. Sesungguhnya, kita yang menentukan corak kehidupan maka buatlah pilihan yang betul. Berubah daripada kesedaran keegoan kepada kesedaran ketuhanan, daripada mengikut nafsu kepada mengikut iman, daripada maksiat kepada taat, daripada didekati syaitan kepada didekati malaikat dan daripada dosa kepada pahala.

Tangan kitalah yang memilih tindakan, mulut kitalah yang melahirkan kata isi tujuan dan kaki kitalah yang memilih langkah haluan, sama ada memilih jalan ketakwaan atau kemungkaran, memilih penghargaan Allah SWT atau manusia. Lazimnya, orang yang diuji Allah SWT dengan kesusahan atau menerima musibah akan lebih cenderung berubah menjadi lebih baik dan bersikap positif berbanding mereka yang diuji Allah SWT dengan kesenangan.

Sesungguhnya, kita yang menentukan corak kehidupan maka buatlah pilihan yang betul.
Sesungguhnya, kita yang menentukan corak kehidupan maka buatlah pilihan yang betul.
Tangan kitalah yang memilih tindakan, mulut kitalah yang melahirkan kata isi tujuan dan kaki kitalah yang memilih langkah haluan, sama ada memilih jalan ketakwaan atau kemungkaran, memilih penghargaan Allah SWT atau manusia.
Tangan kitalah yang memilih tindakan, mulut kitalah yang melahirkan kata isi tujuan dan kaki kitalah yang memilih langkah haluan, sama ada memilih jalan ketakwaan atau kemungkaran, memilih penghargaan Allah SWT atau manusia.

Lupa kekuasaan Allah

Manusia cepat lupa dan senang berubah tetapi iman mampu menjadi terapi diri. Semakin diuji dengan kesusahan semakin dekat diri dengan Allah SWT dan berubah daripada seorang memiliki kesedaran ego tinggi kepada kesedaran ketuhanan lebih tinggi. Apabila diuji dengan kesenangan atau perkara positif, banyak orang lupa diri menyebabkan keegoan memuncak tinggi kerana meletakkan segala nikmat kejayaan dan kehebatan disebabkan hasil usaha serta kerja keras, bukan atas kekuasaan Allah SWT.

Orang yang buta mata hati akan berasa segala kehebatan dimiliki adalah hasil kehebatan dirinya.

Dia tidak terfikir pun bahawa semuanya adalah kekuasaan dan kehendak Allah SWT yang merealisasikan apa kita usahakan. Cara berubah ke arah positif hendaklah dilakukan sedikit demi sedikit dengan merekodkan jurnal aktiviti seharian kita kepada perubahan dalam diri secara minimum. Maksudnya, sasarkan mungkin tiga atau paling banyak lima aspek tetapi lakukan perubahan itu secara konsisten.

Tanam azam untuk berubah

Pastikan kita hendak berubah ke arah mana dan apakah langkah perlu dilakukan serta apakah sumber yang boleh membantu kita melakukan perubahan. Tanamkan azam yang kuat untuk berubah dalam hati. Gunakan umur yang ada untuk menghapuskan segala dosa yang lalu serta beri manfaat sebanyak mungkin kepada orang yang mengharapkan bantuan kita.

Basahkan lidah dengan zikir, istighfar dan selawat selain berhenti mengumpat serta membesar diri. Ingat mati akan menghidupkan hati, manakala kemasyhuran di dunia tidak membawa faedah jika tidak dilakukan kerana Allah SWT. Semuanya akan ditinggalkan dan yang dibawa ke alam abadi hanya bekalan amalan dan ketakwaan. Di situlah kita dapat merasakan setiap perintah Allah SWT sedikit pun tidak membebankan dan dilakukan daripada hati yang ikhlas.

ARTIKEL YANG SAMA