Imej pelaku pengeboman berjaya ditangkap

Imej pelaku pengeboman berjaya ditangkap

TOKYO, 24 Nov (dpa) – Satu kamera keselamatan telah menangkap paparan di mana seorang lelaki yang membawa beg galas keluar dari sebuah tandas awam di kuil Yasukuni Jepun sebelum berlaku satu letupan di sana, media setempat memetik polis sebagai berkata hari ini.

Letupan itu berlaku pada pagi Isnin, meninggalkan kesan berlubang di siling dan kesan terbakar di lantai tandas kuil tersebut, yang memberi penghormatan kepada mangsa perang Jepun, termasuk penjenayah-penjenayah perang yang bersalah, agensi Kyodo News melaporkan.

Ia belum jelas berapa lama sebelum letupan, lelaki tersebut kelihatan. Tiada laporan terhadap kecederaan.

Para penyiasat menjumpai beberapa bateri dan alat pemasa yang dilekatkan pada wayar besi, yang disyaki bahagian peranti bom yang tidak meletup, menurut Kyodo.

Para penyiasat juga mengesyaki letupan itu juga merupakan tindakan orang perseorangan dan bukan kumpulan terancang, kerana objek-objek yang dijumpai di tempat kejadian berbeza dengan jenis-jenis bahan letupan yang digunakan oleh kumpulan-kumpulan ekstremis pada masa lalu, menurut laporan itu.

Kuil tersebut telah sekian lama menjadi pusat pertegangan di antara Jepun dan jiran-jirannya, khususnya Korea Selatan, Korea Utara dan China, yang melihatnya sebagai memuliakan keganasan sewaktu peperangan.

ARTIKEL YANG SAMA