IMF, Eropah bekerjasama lagi selamatkan Athens

IMF, Eropah bekerjasama lagi selamatkan Athens

WASHINGTON, 30 Mei – Perjanjian ‘berjaya’ yang diumumkan Rabu lalu untuk menyambung semula pemberian wang jaminan kepada Greece bunyinya seperti zaman dahulu: Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) bekerjasama lagi dengan negara-negara Eropah sebagai peminjam rasmi kepada Athens.

Bagaimanapun akhirnya peminjam anti krisis sejagat sekali lagi enggan menyokong program penyelamat ketiga Greece dengan sumbangan kewangannya sendiri.

IMF berkata ia tidak akan memberi wang lagi sehingga ia melihat rancangan konkrit dari pihak Eropah untuk dengan banyaknya mengurangkan bebanan hutang negara itu. perjanjian Rabu lalu itu oleh para menteri kewangan Eropah telah gagal melaksanakan itu.

IMF kini menumpu pada melindungi reputasinya sendiri selepas kegagalan operasi pertama dari dua operasi penyelamatan Greece, meskipun ia menyuramkan hubungan.

Namun dengan ekonomi Greece masih tidak menentu dengan Athens berhutang dengan dana itu berbilion-bilion, mampukan IMF berundur?.

“Sudah tentu,” ujar Thanos Catsambas, yang mewakili Greece di IMF sehingga Julai 2015.

Hanya dengan penglibatan yang masih ada dalam perjanjian jaminan, IMF menyokong Jerman dan negara berpengaruh Eropah lain yang mahu dana itu memastikan Athens melaksanakan pembaharuan yang dijanjikan, menurut Catsambas lagi.

Landskap telah berubah sejak 2010 dan 2012, apabila IMF memberikan Greece pinjaman terbesar yang pernah diberikannya dari mana-mana negara yang bermasalah.

Ia telah bersetuju di bawah tekanan kuat dari Eropah, dengan kebimbangan kecairan Greece akan menjejaskan zon euro itu sendiri. Bagaimanapun pada masa itu IMF meragui rancangan itu akan berjaya.

Dana itu telah komited sejumlah $65 bilion untuk Greece, yang membayar kira-kira $34 bilion sebelum program jaminan bermasalah.

“Dalam tahun 2010, Greece begitu di tengah-tengah dalam menyatukan Eropah, dan IMF terpaksa menyepakati dasar-dasarnya dan untuk mengikut sesuatu yang mungkin mereka ketahui tidak akan berjaya, tetapi bermatlamat mengelak krisis kewangan,” kata Desmond Lachman, bekas pegawai IMF.

Kini pihak Eropah mempunyai mekanisme kestabilan kewangannya sendiri, masalah Greece tidak lagi mengancam ekonomi lebih luas zon Euro. – AFP