IMF: Laos perlu kukuh reformasi

IMF: Laos perlu kukuh reformasi

BANGKOK, 15 Mac (AFP) – Laos yang diperintah Komunis perlu mengukuhkan reformasi untuk mengekalkan perkembangan pesatnya, kata ketua IMF hari ini pada hari terakhir kunjungan luar biasanya ke salah sebuah negara-negara ekonomi yang pantas berkembang di dunia.

Laos yang kaya sumber memiliki kadar pertumbuhan tahunan sekitar 7.4 peratus, namun kekayaannya tidak diagihkan secara adil dan kemiskinan kekal berleluasa dalam kalangan 6.8 juta penduduknya, yang majoritinya bekerja dalam bidang pertanian. Kebanyakan hasilnya dipacu oleh pelaburan asing sejak pihak berkuasa Komunis itu mula terbuka dalam bidang ekonomi.

China terutamanya telah mengetuai pelaburan itu, menjadikan mineral, perhutanan dan sumber air sebagai modal negara tersebut.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas lawatannya itu, ketua Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde menekankan tentang perlunya untuk fokus pada pertumbuhan mapan dan meningkatkan lagi ekonomi rapuh negara dalam menangani peralihan pasaran global.

Christine Lagarde (kiri) ketika mengucapkan selamat tinggal kepada Perdana Menteri Laos, Thongsing Thammavong (kanan) pada 15 Mac. – AFP
Christine Lagarde (kiri) ketika mengucapkan selamat tinggal kepada Perdana Menteri Laos, Thongsing Thammavong (kanan) pada 15 Mac. – AFP

“Prospek ekonomi bagi Laos PDR masih lagi memberangsangkan,” katanya, merujuk kepada Republik Demokratik Rakyat (PDR).

“Walau bagaimanapun, untuk melindungi kestabilan makroekonomi semasa tempoh peralihan keluar daripada negara berstatus pendapatan rendah dalam tempoh sederhana, ia penting untuk mengukuhkan pemulihan ekonomi kepada kejutan luaran dan mengekalkan keadaan bagi pertumbuhan mapan.”

Lagarde mengatakan reformasi penting seharusnya melibatkan pelaburan dalam pendidikan dan meningkatkan standard kehidupan, melakar pentadbiran awam yang lebih efisien, menghimpunkan simpanan antarabangsa dan membangun sistem kewangan.