IMF luluskan pinjaman AS$720j kepada Jordan

IMF luluskan pinjaman AS$720j kepada Jordan

AMMAN, 26 Ogos – Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berkata ia telah meluluskan pinjaman bernilai AS$723 juta untuk tempoh tiga tahun kepada Jordan bertujuan membantu mengukuhkan negara itu ketika zaman perang di rantau tersebut.

“Lembaga Eksekutif Tabung Kewangan Antarabangsa hari ini meluluskan pinjaman untuk tempoh tiga tahun di bawah kemudahan tambahan untuk Jordan,” kata IMF dalam satu kenyataan.

Ia berkata pinjaman sebanyak AS$723 juta itu merupa-kan 150 peratus daripada kuota Jordan untuk menyokong “program pembaharuan ekonomi dan kewangan” di negara itu.

“Program ini bertujuan memajukan penyatuan fiskal kepada hutang awam yang lebih rendah dan pembaharuan struktur yang luas untuk meningkatkan syarat-syarat bagi pertumbuhan yang lebih inklusif,” katanya.

Berikutan keputusan itu, kira-kira AS$72.3 juta akan disediakan untuk “Pembayaran serta-merta,” katanya,

dengan bakinya akan dihentikan di sepanjang tempoh program ini, tertakluk kepada penilaian.

Ekonomi Jordan menghadapi pergelutan daripada konflik di negara jiran Syria dan Iraq.

Pengangguran telah meningkat kepada 14 peratus daripada penduduk negara itu sebanyak 9.5 juta, dengan generasi muda adalah yang paling teruk terjejas, menurut perangkaan kerajaan, manakala anggaran tidak rasmi meletakkan setinggi 30 peratus. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA