IMF pertahan kadar faedah negatif walaupun berisiko

IMF pertahan kadar faedah negatif walaupun berisiko

WASHINGTON, 11 April (AFP) – Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) kelmarin mempertahankan kadar faedah negatif yang ditetapkan oleh bank-bank pusat, memberikan ’risiko yang signifikan’ kepada pertumbuhan yang perlahan, sambil mengakui potensi yang berbahaya.

Enam bank pusat, terutamanya Bank Pusat Eropah dan Bank Jepun, telah mengambil langkah yang belum pernah berlaku, yang bertujuan untuk melonggarkan tali kekangan kredit bagi membantu merangsang perbelanjaan pengguna dan pelaburan.

“Walaupun pengalaman dengan kadar faedah nominal negative itu adalah terhad, kami menetapkan keseluruhan kesimpulan dengan membantu memberikan rangsangan monetari tambahan dan keadaan kewangan yang lebih mudah,” menurut tiga pegawai tertinggi di Tabung Kewangan Antarabangsa dalam blognya.

Pejalan kaki melintasi papan tanda yang mengumumkan mesyuarat musim bunga 2016, Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia di luar ibu pejabat IMF pada Ahad lalu di Washington, DC. – AFP
Pejalan kaki melintasi papan tanda yang mengumumkan mesyuarat musim bunga 2016, Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia di luar ibu pejabat IMF pada Ahad lalu di Washington, DC. – AFP

Ia datang lebih awal daripada Mesyuarat tahunan IMF Musim Bunga minggu ini di Washington.

Pada pertengahan bulan Mac, Pengarah Urusan IMF Christine Lagarde berkata kadar jangka pendek negatif yang luar biasa, di mana bank perdagangan membayar bank-bank pusat untuk menarik balik wang mereka, telah mungkin menyokong pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh.