IMF sedia bantu Greece jika diminta

IMF sedia bantu Greece jika diminta

Lagarde sits for an interview at IMF headquarters in WashingtonWASHINGTON, 7 Julai (AFP) – Ketua Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Christine Lagarde (gambar) berkata kelmarin pemberi pinjaman krisis global itu akan membantu Greece jika dipinta, sehari selepas pengundi Greece menolak pelan penjimatan.

“IMF telah ambil maklum mengenai pungutan suara kelmarin yang diadakan di Greece. Kami memerhatikan situasi itu secara rapat dan sedia membantu Greece jika diminta berbuat demikian,” kata Lagarde dalam satu keterangan ringkas.

Dalam pungutan suara hari Ahda, lebih dari 61 peratus warga Greece menolak permintaan pemiutang untuk penjimatan lanjut sebagai balasan lebih banyak dana jaminan, satu kemenangan buat kerajaan Syriza haluan kiri yang mengambil alih jawatan sejak lima bulan lalu.

Semua mata tertumpu pada Bank Pusat Eropah kelmarin berikutan undian tersebut, dilihat sebagai satu-satunya institusi yang mampu mengelakkan ekonomi Greek dari runtuh.

ARTIKEL YANG SAMA