IMF setuju pinjamkan $800 juta kepada Iraq

IMF setuju pinjamkan $800 juta kepada Iraq

DUBAI, 5 Mei (Reuters) – Iraq telah meminta bantuan kewangan daripada Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) dan perjanjian mungkin dicapai dalam beberapa minggu untuk pinjaman berjumlah kira-kira $800 juta, kata seorang pegawai kanan IMF.

Kewangan Iraq telah dibelenggu oleh kemerosotan harga minyak sejak tahun lalu serta pemberontakan Islamic State. Kerajaan telah meramalkan defisit belanjawan sebanyak kira-kira $25 bilion pada tahun ini, dalam belanjawan berjumlah kira-kira $100 bilion.

Bantuan daripada IMF mungkin mengurangkan tekanan dan menambah keyakinan pelabur, membantu Iraq mengumpul wang daripada sumber lain. Baghdad telah berkata ia merancang mengeluarkan $5 bilion hutang dalam penjualan bon antarabangsa pertamanya selama sembilan tahun.

“Kumpulan akan mengusahakan isu berkenaan pada minggu-minggu akan datang. Kami berharap kami boleh mencapai satu perjanjian tidak lama lagi,” kata Masood Ahmed, Pengarah IMF Jabatan Asia Tengah dan Timur Tengah, dalam satu temu bual.

Ahmed berkata bantuan mungkin datang dalam bentuk Alat Pembiayaan Cepat (RFI) dan dalam jumlah “agak kecil, kira-kira $800 juta.”

RFI adalah satu kemudahan yang diperkenalkan oleh IMF untuk memberikan bantuan kewangan segera dan nasihat dasar ekonomi kepada negara anggota dengan keperluan bayaran yang terdesak.

Satu pinjaman RFI harus dibayar balik dalam tempoh 31/4 hingga lima tahun, menurut laman web IMF.

RFI mungkin membuka laluan dalam jangka panjang untuk program pinjaman IMF yang lebih besar untuk Iraq, jika ia diperlukan, tambah Ahmed.

Program sedemikian mungkin melibatkan komitmen dasar ekonomi yang lebih meluas oleh Baghdad.

Menteri Kewangan Iraq Hoshiyar Zebari memberitahu Reuters pada minggu lalu bahawa Baghdad akan memperoleh pemeringkatan kredit untuk melancarkan pengeluaran bon. Kerajaan juga telah memperkenalkan atau sedang merancang langkah-langkah termasuk pengeluaran bon mata wang tempatan kepada bank, cukai ke atas beberapa barangan pengguna dan pemotongan gaji awam.

Ahmed mendapati Iraq telah mulai mengurangkan simpanan antarabangsanya dan berkata ekonominya mungkin bertumbuh sedikit pada tahun ini, selepas mengecut 2.4 peratus pada 2014.

“Menteri kewangan dan perdana menteri adalah amat jelas dan mereka mengiktiraf timbulnya masalah dan mereka adalah komited untuk mencari satu jalan untuk mengatasinya, dalam lingkungan batasan yang dihadapi oleh mereka,” kata beliau.

ARTIKEL YANG SAMA