IMF sokong langkah mata wang M’sia

IMF sokong langkah mata wang M’sia

LIMA, Peru, 21 Nov – Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) menyokong langkah yang diambil ke atas mata wang Malaysia, selain menyatakan bahawa pergerakan nilai ringgit adalah luar kawalan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata beliau bertanyakan perkara tersebut kepada Pengarah Urusan IMF Christine Lagarde pada sesi dialog tidak rasmi pemimpin APEC bersama Lagarde di sini semalam.

“Dia (Lagarde) menyokong apa yang Malaysia lakukan iaitu mata wang terapung sebagai barisan pertahanan terbaik disebabkan apa yang berlaku pada ringgit adalah di luar kawalan kita,” katanya. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA