IMF: Wanita mampu tingkat keuntungan firma, negara dan rumah

IMF: Wanita mampu tingkat keuntungan firma, negara dan rumah

SINGAPURA, 8 Mac (Bernama) – Selamat Hari Wanita Antarabangsa! Acara itu disambut pada setiap 8 Mac.

Pada asalnya dikenali sebagai Hari Wanita Bekerja Antarabangsa, sambutan yang bermula sebagai acara politik sosialis, namun saban tahun aura politiknya semakin malap di beberapa tempat di dunia.

Namun, di tempat lain, fokus sambutan adalah kepada kejayaan wanita dalam bidang ekonomi, politik dan sosial.

Dalam aspek ekonomi dan perniagaan, Malaysia mempunyai 30% Club, sekumpulan pengerusi dan pemimpin perniagaan yang komited untuk mengisi lebih ramai wanita sebagai anggota lembaga pengarah syarikat korporat di Malaysia.

30% Club percaya bahawa kepelbagaian gender baik untuk keberkesanan menyeluruh ahli lembaga pengarah – justeru baik untuk perniagaan – walaupun ia tidak menetapkan sebarang kuota.

30% Club Malaysia, yang dilancarkan pada 8 Mei 2015, menyokong perubahan mapan secara sukarela dalam perniagaan bagi meningkatkan ketidakseimbangan gender dalam lembaga pengarah di Malaysia.

Kajian terbaharu mengenai pekerja oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menunjukkan bahawa semakin ramai wanita dalam tenaga kerja akan meningkatkan keuntungan di rumah, firma dan negara.

Dalam tulisan terbaharu blog di imfdirect.imf.org, Pengarah Urusan IMF Christine Lagarde berkata: “8 Mac merupakan antara hari kegemaran saya.

“Ia merupakan hari untuk meraikan kemajuan wanita yang mengagumkan, di semula peringkat kerjaya yang dicapai dalam beberapa dekad kebelakangan ini.

“Lebih ramai wanita dalam tenaga kerja, dan dalam kedudukan yang lebih kanan, merupakan berita baik untuk wanita, untuk syarikat mereka, dan bagi ekonomi negara mereka.”

Memetik kajian itu, Lagarde berkata di Eropah, dasar negaranya turut mengambil kira pilihan peribadi, dapat meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja dan peluang untuk mereka terus meningkatkan kemajuan.

ARTIKEL YANG SAMA