Imigrasi keprihatinan utama Eropah – tinjauan

Imigrasi keprihatinan utama Eropah – tinjauan

BRUSSELS, 2 Ogos (AFP) – Imigrasi adalah keprihatinan utama negara-negara Eropah, mengatasi masalah ekonomi dan pengangguran, menurut tinjauan pendapat baru yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Eropah.

Tinjauan yang sama pada November lepas meletakkan keadaan ekonomi, pengangguran dan defisit awam pada senarai teratas.

Sejak itu imigrasi menjadi topik panas, dengan Itali, Greece dan Malta terpaksa berdepan dengan kebanjiran yang tidak pernah berlaku sebelum ini melalui laut dari Afrika dan Timur Tengah.

Kebanjiran yang terbaru ialah di Calais, bahagian utara Perancis, di mana setiap hari beratus-ratus penghijrah cuba untuk menyelinap masuk ke Britain melalui Selat Inggeris.

Menurut tinjauan itu yang dikeluarkan pada Jumaat, 38 peratus responden di seluruh Kesatuan Eropah (EU) memetik imigrasi sebagai keprihatinan utama mereka.

Isu ini adalah “kini mengatasi” keadaan ekonomi yang menjadi isu paling penting bagi 27 peratus orang yang ditinjau, dan pengangguran (24 peratus), kata tinjauan itu.

“Ia adalah keprihatinan nombor satu di kalangan 20 anggota negara yang mencapai kemuncaknya di Malta (65 peratus) dan Jerman (55 peratus),”.

“Harapan bagi ekonomi mencatatkan peningkatan dan sokongan bagi euro adalah kekal stabil,” menurut penemuan tinjauan “Spring 2015 Standard Eurobarometer”.

Keprihatinan bagi pengganasan di peringkat EU juga turut meningkat secara signifikan sejak November, naik enam mata kepada 17 peratus. Tinjauan itu dijalankan secara bersemuka pada Mei dengan lebih 30,000 orang di seluruh negara-negara EU.

ARTIKEL YANG SAMA