Impact halang Drogba kembali ke Chelsea

Impact halang Drogba kembali ke Chelsea

MONTREAL, 24 Dis (Agensi) – Pasukan Montreal Impact dari Major League Soccer berharap untuk mengekalkan Didier Drogba bagi musim seterusnya dan menghalangnya untuk kembali kepada Chelsea.

“Kami pada masa ini berhubung bersama Didier Drogba dan Chelsea,” jelas kelab itu semalam. “Kami melakukan segala yang termampu untuk mendapatkannya kembali bersama Impact pada 2016. Kami faham hubungannya bersama bekas kelabnya dan hasratnya untuk membantu mereka. Kami bersedia untuk membantunya. Tetapi objektif kami adalah untuknya kembali bagi semusim lagi, seperti yang dipersetujui dalam kontraknya. Kedudukan ini di luar kawalan kami.”

Pemain itu, 37, menjaringkan 12 gol dalam 12 perlawanan biasa selepas menyertai Impact pada Julai lalu.

Didier Drogba sempat bertemu dengan skuad Chelsea ketika pasukan itu menang 3-1 ke atas Sunderland baru-baru ini. - Reuters
Didier Drogba sempat bertemu dengan skuad Chelsea ketika pasukan itu menang 3-1 ke atas Sunderland baru-baru ini. – Reuters

Guus Hiddink menggelar Drogba legenda Chelsea semalam ketika sidang akhbar pertamanya sejak menggantikan Jose Mourinho sebagai pengurus.

“Orang ramai terpaksa berurusan dengan kontrak dan keadaan. Ia tidak kena mengena dengan saya,” kata Hiddink.

Drogba menghadiri perlawanan yang dimenangi Chelsea 3-1 ke atas Sunderland hujung minggu lalu, duduk bersama Hiddink dan pemilik kelab, Roman Abramovich.

ARTIKEL YANG SAMA