Impact ‘kacau’ penampilan sulung MLS Lampard

Impact ‘kacau’ penampilan sulung MLS Lampard

MONTREAL, 2 Ogos (AFP) – Penampilan sulung legenda Chelsea, Frank Lampard bersama kelab Liga Bola Sepak Amerika (MLS) New York City FC tidak berjalan seperti dirancang apabila apabila tewas 3-2 kepada Montreal Impact, hari ini.

Lampard beraksi buat pertama kali selepas lebih setahun menandatangani kontrak bersama kelab dari Amerika Syarikat itu dan dimasukkan pada minit ke-69 permainan di Stadium Yankee selaku pemain gantian.

Kehadiran Lampard melengkapkan senarai bintang New York yang turut dibarisi bintang Itali, Andrea Pirlo dan penyerang Sepanyol, David Villa.

Begitupun, ia tetap gagal menghalang kemenangan kelab Kanada, Impact yang meledak seawal minit kelima menerusi Dominic Oduro dengan Ignacio Piatti melengkapkan jumlah jaringan selepas menyumbang dua gol.

Sekalipun menerima sambutan meriah daripada peminat New York, Lampard mengakui merasa tekanan untuk meledak gol penyamaan.

Villa meledak gol penyamaan buat New York menjadikan kedudukan 2-2 pada minit ke-68 menerusi penalti namun Piatti merosakkan segala-galanya dengan meledak gol pada minit ke-84.

“Sentiasa sukar untuk berada di sini apabila kamu mengejar permainan kerana kamu perlu terus bermain dan kamu cuba untuk memaksa perkara kerana kamu perlu menjaringkan gol,” kata Lampard. “Ia kesukaran yang biasa.”

ARTIKEL YANG SAMA