Impak sederhana harga minyak M’sia

Impak sederhana harga minyak M’sia

SINGAPURA, 19 Jan – Impak harga minyak dunia yang rendah dijangka kekal sederhana di Malaysia, kata Standard & Poor Ratings Services (S&P).

Dalam laporan ‘Trend Penilaian Negara Asia Pasifik’ Malaysia sebagai negara pengeksport bersih tenaga dalam kalangan kerajaan asing yang diberikan penarafan di Asia Pasifik, mempunyai ekonomi pelbagai.

S&P berkata harga minyak dunia dijangkakan kekal rendah pada 2016.

“Ini akan menyokong aktiviti ekonomi dan akaun dagangan bagi kebanyakan pengimport minyak di rantau ini,” katanya.

“Ini juga bermakna tekanan ke atas pembuat dasar di negara yang masih mengekalkan subsidi, akan berkurangan,” katanya.

S&P menjangkakan trend kredit negara di Asia Pasifik sebahagian besarnya akan kekal stabil tahun depan atau selepasnya Penganalisis Kreditnya Kim Eng Tan dipetik sebagai berkata bahawa penarafan mke atas kerajaan di rantau ini sangat stabil sejak kebelakangan ini, terutama apabila dibandingkan dengan rantau lain.

Namun pergerakan penarafan dalam kerajaan asing yang lebih kecil telah menyumbang kepada peningkatan dalam penarafan wajaran bukan keluaran negara kasar tahun lepas,” katanya.

S&P berkata pertumbuhan ekonomi dijangka tidak menyokong kebanyakan penarafan kredit kerajaan asing yang lain di Asia Pasifik tahun ini.

Selain itu, penarafan kerajaan dalam ekonomi pesat membangun, yang bergantung kepada pembiayaan luar, akan mencatatkan kos pembiayaan yang lebih tinggi dalam persekitaran pembiayaan antarabangsa yang semakin kecil.

Namun, pada harga tenaga yang dijangkakan kekal rendah, kebanyakan kerajaan di rantau ini dijangka berhadapan risiko yang kecil dalam metrik luaran dan fiskal masing-masing, katanya. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA