‘Impian China’ hampir tercapai

‘Impian China’ hampir tercapai

LONDON, 4 Dis (AFP) – Pegangan China bernilai AS$400 juta dalam pasukan gergasi Liga Perdana, Manchester City menggariskan hasrat negara itu yang semakin meningkat dalam bola sepak, dan bagaimana pelaburnya mencari keuntungan dan prestij, kata penganalisis.

Pegangan dari China Media Capital (CMC) menandakan pelaburan pertama China ke dalam Liga Perdana Inggeris yang begitu popular, dan langkah bagi projek besar yang diketuai oleh Presiden Xi Jinping.

Bola sepak adalah bahagian penting agenda Xi ketika dia berusaha untuk ‘menyegarkan semula’ negara itu, membangunkannya menjadi kuasa dunia yang boleh bersaing dalam semua bidang dari tentera dan ekonomi sehinggalah kepada bidang sukan.

Dia meminta negara itu untuk menjadi hos dan memenangi Piala Dunia, dan dalam kunjungan Putera William dari Britain ke Beijing tahun ini, putera itu berkata mahu melihat lebih banyak pemain China dalam Liga Perdana Inggeris.

Manchester City Group, yang juga melibatkan New York City dan Melbourne City, bukanlah pelaburan pertama China dalam bola sepak Eropah.

Gambar fail 23 Oktober 2015 menunjukkan Perdana Menteri Britain, David Cameron (tengah, kiri) dan Presiden China Xi Jinping (tengah, kanan) semasa melawat City Football Academy di Manchester sebagai langkah pertama China melabur dalam Liga Perdana Inggeris. - AFP
Gambar fail 23 Oktober 2015 menunjukkan Perdana Menteri Britain, David Cameron (tengah, kiri) dan Presiden China Xi Jinping (tengah, kanan) semasa melawat City Football Academy di Manchester sebagai langkah pertama China melabur dalam Liga Perdana Inggeris. – AFP

pg20_151205_logoEPL

Pembuat kereta China bulan lalu berkata, ia mempunyai pegangan 80 peratus di dalam kelab Espanyol, Sepanyol dan kuasa hartanah, Dalian Wanda pula mendapatkan 20 peratus daripada pegangan saham Atletico Madrid pada Januari.

Persetujuan terbaru itu hanya beberapa minggu selepas Xi melawat Manchester City, mempunyai profil tertinggi dan dijangka mendapat faedah meluas bagi pemilikan kumpulan China dan Abu Dhabi.

Akademi Zhang Ziru, dari Central University of Finance and Economic di Beijing, berkata keutamaan kerajaan adalah di menyokong usaha China dalam sukan luar negara.

“Dua tahun yang lalu, kerajaan China melancarkan dasar bagi mempromosikan perkembangan industri sukan itu,” katanya.

Itulah yang menjadikan beberapa syarikat China termasuk pendatang baru industri itu memberi perhatian kepada pasaran sukan tempatan dan antarabangsa,” katanya.

Setakat ini, pencapaian China dalam bola sepak tidak seiring dengan petunjuk lain kebangkitan negara.

Walaupun menjadi ekonomi kedua terbesar di dunia, China hanya membuat satu penampilan Piala Dunia pada 2002, dan bergelut dalam pusingan kelayakan Rusia 2018.

Mengubah trend itu ‘adalah satu kemestian untuk China menjadi kuasa sukan sebagai sebahagian daripada impian mereka’, media memetik badan tertinggi parti Komunis sebagai berkata pada Mac.

CMC adalah penyokong agensi perancangan tertinggi China, manakala pengerusinya pula adalah bekas pegawai kerajaan dari Shanghai.

Pemimpin firma itu berkata, perjanjian itu adalah peluang mempelajari bagaimana untuk membina satu jenama juara bola sepak bagi meningkatkan permainan dalam negara China.

“Satu matlamat besar juga diperlukan untuk mengumpul pengalaman supaya industri sukan tempatan dapat belajar,” pengerusinya Li Ruigang memberitahu saluran media tempatan The Paper minggu ini.

Penganalisis industri, Zhang berkata, keupayaan pengurusan dan menjana keuntungan firma-firma China dalam sukan jauh ketinggalan berbanding pesaing asing tetapi kelebihan yang ada pada mereka adalah ‘jumlah modal yang besar’.

Membeli saham kelab-kelab Eropah, katanya, mempunyai ‘makna strategik’ untuk membawa pengetahuan mereka kembali ke pasaran tempatan.

Bagi Manchester City, kerjasama itu merupakan peluang untuk meningkatkan penampilan mereka dalam salah satu pasaran sukan terbesar di dunia yang masih berkembang.

Sementara itu, ekonomi China pula semakin perlahan, dengan kebanyakan syarikat merangsang banyak sektor untuk meningkatkan pelaburan di luar negara untuk mencari pulangan yang lebih tinggi.

Perniagaan juga berkembang kepada sektor pengguna China termasuk sukan ketika negara cuba untuk mengimbangi semula ekonomi daripada sektor pembuatan.

Tunai telah mengalir ke dalam industri bola sepak China dalam tahun-tahun kebelakangan ini, dengan Guangzhou Evergrande, disokong oleh sebuah syarikat hartanah dan laman web gergasi utama Alibaba, memenangi gelaran Asia kedua dalam tempoh tiga tahun bulan lepas.

Wanda, yang diketuai oleh seorang lelaki terkaya di Asia, telah melabur dalam ‘Ironman’ triathlon yang terkenal di dunia tahun ini dan melunaskan bayaran pemuka 1.05 bilion euro untuk pemasaran pakaian sukan Swiss, Infront Sports dan Media.

Rastar Group, pembuat kereta yang mengambil alih kepentingan majoriti Espanyol yang berpangkalan di Barcelona, melibatkan diri dalam perdagangan sukan bola sepak Eropah sebagai tindakan ekonomi mudah.

Ini ‘mungkin memberikan sesuatu yang tidak sengaja kepada bola sepak China, tetapi motif utama kami adalah berasaskan perniagaan’, kata Setiausaha Lembaga Pengarah, Yang Nong kepada AFP.

Model perniagaan kelab sukan ‘agak mudah’, beliau berkata sambil menyatakan keyakinan syarikat mampu menjana keuntungan walaupun pendatang baru dalam industri tersebut.

“Sebagai sebuah syarikat persendirian dan tersenarai, adalah mustahil jika kami tidak mengambil kira pulangan,” katanya.

Presentation of matchday 12 of the Premier League (135 x 141 mm)
Presentation of matchday 12 of the Premier League (135 x 141 mm)

ARTIKEL YANG SAMA