Impian Draxler tercapai

Impian Draxler tercapai

BERLIN, 5 April – Midfield Wolfsburg dari Jerman Julian Draxler berkata menghadapi pemain bintang Cristiano Ronaldo adalah impian mana-mana pemain menjelang pertemuan suku akhir pertama Liga Juara-Juara di laman sendiri menentang Real Madrid.

“Anda hanya kagum dengan Cristiano Ronaldo,” Draxler memberitahu SID, anak syarikat kepada AFP. “Saya merasakan satu harapan yang besar. Saya rasa tidak ada yang lebih baik berbanding beraksi dalam persaingan suku akhir Liga Juara-Juara menentang Real Madrid.”

Ketika masih kecil, Draxler, 22, biasanya akan menonton video-video Ronaldo untuk memperbaiki permainannya. Sekarang bintang dari Jerman itu sekali lagi akan menghadapi pemain terbaik dunia sebanyak tiga kali itu.

Draxler menganggap peluang berdepan Ronaldo adalah peluang yang diimpikannya sejak kecil lagi. – Reuters
Draxler menganggap peluang berdepan Ronaldo adalah peluang yang diimpikannya sejak kecil lagi. – Reuters

Draxler kagum dengan jaringan kemenangan Ronaldo dalam kejayaan 2-1 Real ke atas Barcelona dalam pertembungan El Clasico Sepanyol Sabtu lalu.

Dia berharap Wolfsburg boleh menghasilkan keputusan di Volkswagen Arena untuk berada dalam kedudukan yang terbaik bagi aksi timbal balik di Bernabeu pada 12 April.

ARTIKEL YANG SAMA