Impian emas Marta berakhir

Impian emas Marta berakhir

RIO DE JANEIRO, 17 Ogos – Sweden menamatkan impian Marta untuk membimbing pasukan wanita Brazil bagi pingat emas bola sepak Olimpik pertama semalam dengan kemenangan 4-3 menerusi sepakan penalti untuk menempah pertemuan dengan Jerman.

Pemain tahunan dunia lima kali itu keluar dalam keadaan kecewa di depan 70,000 penonton di stadium Maracana.

Brazil menewaskan Sweden 5-1 dalam peringkat kumpulan tetapi diikat seri 0-0. Seperti kemenangan suku akhir mereka ke atas Australia, mereka dipaksa melalui sepakan penentuan yang mengecewakan.

Tidak seperti menentang Australia, Marta menyudahkan sepakan penalti tetapi kemudian menyaksikan hasratnya untuk mengukir kejayaan kerjaya dengan memenangi perlawanan utama antarabangsa terjejas. “Tidak ada cara bagi menggambarkan rasa kecewa,” kata jurulatih Brazil, Vadao.

Marta, yang beraksi bagi kelab bola sepak di Sweden selama empat tahun, ditenangkan oleh pemain Sweden. Sementara itu penyokong Maracana memberikan sorakan besar kepada pasukan mereka yang tewas.

pg24_160818_olympic logo

Bruna menenangkan Marta selepas Brazil tewas kepada Sweden dalam penentuan penalti di stadium Maracana, kelmarin. – AFP
Bruna menenangkan Marta selepas Brazil tewas kepada Sweden dalam penentuan penalti di stadium Maracana, kelmarin. – AFP

Cristiane, penjaring terbanyak sepanjang masa Olimpik, dan Andressa menyaksikan sepakan penalti diselamatkan oleh Hedvig Lindahl selepas kedua-dua pasukan menjaringkans atu gol selepas 120 minit perlawanan.

Lisa Dahlkvist menyudahkan sepakan penalti kemenangan untuk menyelamatkan tempat dalam final dan pingat Olimpik bola sepak wanita pertama Sweden.

Jerman juga membalas kekalahan peringkat kumpulan dalam satu lagi persaingan separuh akhir. Gol-gol daripada penjaring terbanyak perlawanan, Mlaine Behringer dan Sara Daerbritz memberikan Kanada kekalahan 2-0 untuk menempah satu lagi persaingan bagi pingat gangsa seperti yang mereka menangi di London empat tahun lalu untuk menentang Brazil di Sao Paolo Jumaat ini.

Wanita dari Brazil itu beraksi bagi kali kedua di Maracana dan Marta berharap peningkatan momentum bagi versi wanita dalam perlawanan di Brazil tidak terhenti dengan kekecewaan itu. – AFP