Impian Federer

Impian Federer

LONDON, 12 Julai (AFP) – Roger Federer dilihat cuba mengikuti jejak Serena Williams sebagai pemecah rekod Wimbledon apabila berdepan pemain nombor satu dunia Novak Djokovic dalam final acara perseorangan lelaki yang amat dinanti-nantikan.

Sehari selepas Williams menjadi wanita tertua memenangi gelaran Grand Slam dengan gelaran Wimbledon keenam, Federer yang berusia 33 tahun pula berusaha menjadi juara lelaki tertua di All England Club dalam Era Terbuka.

Dalam ulangan final tahun lepas di mana Federer tewas dalam lima set, pemain Switzerland dilihat cuba untuk mencatat rekod gelaran Wimbledon kelapan dan utama ke-18 dalam kariernya.

Kejayaan beliau menyingkirkan Andy Murray pada separuh akhir Jumaat mengingatkan tahun-tahun dominasi beliau dalam Grand Slam apabila merangkul 16 daripada 17 gelaran utama antara 2003 dan 2010.

Sekarang dia sudah sampai ke final Wimbledon ke-10, lelaki tertua pernah sampai ke tahap itu sejak Ken Rosewall yang berusia 39 tahun pada 1974 dan final Grand Slam beliau ke-26 keseluruhan.

Novak Djokovic (kiri) dan Roger Federer memberikan pose untuk jurugambar sebelum pertemuan penentuan juara Wimbledon pada hari ke-13 lewat petang tadi. – AFP
Novak Djokovic (kiri) dan Roger Federer memberikan pose untuk jurugambar sebelum pertemuan penentuan juara Wimbledon pada hari ke-13 lewat petang tadi. – AFP

Kemenangan hari ini pasti akan memecahkan catatan perkongsian tujuh gelaran Wimbledon dengan Pete Sampras selepas mahkota Slam terbaru All England Club.

Menjelang pertemuan ke-40 mereka dalam kerjaya, Federer dan juara bertahan Djokovic sama-sama padan. Federer mempunyai kelebihan 20-19 dalam pertemuan mereka tetapi terkunci pada 6-6 dalam Grand Slam.

Dalam final utama, mereka seri 1-1 dengan kemenangan Wimbledon Djokovic 12 bulan lalu selepas kemenangan straight set Federer dalam Terbuka Amerika Syarikat 2007.

ARTIKEL YANG SAMA