Impian jadikan pantai taman awam kian hampir

Impian jadikan pantai taman awam kian hampir

WELLINGTON, 11 Julai – Seorang lelaki New Zealand yang berkempen pembiayaan ramai telah mengumpul berjuta-juta dolar untuk membeli pantai asli Pulau Selatan dan menjadikannya taman awam, hari ini berkata adalah ‘di luar realiti’ untuk melihat impiannya menjadi kenyataan.

Desakan Duane Major awal tahun ini untuk membawa pantai Awaroa keluar dari milik peribadi dan menjadikannya taman negara segera tersebar luas, dengan 40,000 derma untuk mengumpul sejumlah NZ$2.3 juta.

Major, paderi yang menyifatkan dirinya sendiri sebagai ‘lelaki biasa’ hadir apabila pantai itu secara rasmi ditubuhkan menjadi Taman Negara Abel Tasman pada acara Maori semalam.

Tasik Awaroa itu adalah pantai keemasan sepanjang 800 meter terletak di bahagian atas pulau Selatan.

Hanya boleh didatangi oleh bot atau helikopter, ia muncul pada pasaran lewat tahun lalu, dengan ejen hartanah memasarkannya sebagai ‘pantai terbaik di bumi.”

Major membuat keputusan selepas berunding dengan sanak saudara pada Krismas untuk membentuk halaman pembiayaan ramai.

“Kami hanya mencuba,” ujarnya.

“Kami tidak tahu bagaimana terhasil dan pengalaman sakti yang berlaku, ia di luar realiti” itu adalah usaha pembiayaan ramai terbesar pernah dimudahkan oleh laman sesawang “Givealittle,” dengan derma dari kanak-kanak menjanjikan satu dolar kepada perbadanan yang memberikan berpuluh-puluh ribu.

Kerajaan menyumbang NZ$350,000 dan menteri bersekutu pemuliharaan, Nicky Wagner berkata generasi New Zealand akan datang kini akan menikmatinya.

“Ia adalah kemenangan bagi kuasa orang positif dan bagi memulihara persekitaran kita,” katanya.

“Semua yang menyumbang telah memberikan hadiah indah kepada negara kami.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA