Impian Klopp ‘biar semua Merseysiders’

Impian Klopp ‘biar semua Merseysiders’

LIVERPOOL, 27 Jan – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata bahawa dia berhasrat untuk membawa pasukan Merseyside ke final Piala Liga selepas pasukannya berjaya menewaskan Stoke City menerusi sepakan penalti dalam aksi separuh akhir.

Stoke yang mencatatkan kemenangan dalam perlawanan kedua separuh akhir semalam 1-0, terikat seri 1-1 menerusi agregat selepas masa tambahan, tetapi selepas penjaga gol Liverpool, Simon Mignolet menyelamatkan sepakan Peter Crouch dan Marc Muniesa, pemain gantian Joe Allen menyudahkan sepakan penentuan dalam kemenangan 6-5.

Pesaing Liverpool Everton mendahului Manchester City 2-1 sebelum separuh akhir kedua hari ini dan jika pasukan Roberto Martinez berjaya mengekalkan kelebihan, Wembley akan menjadi tempat bagi persaingan akhir Merseyside dalam tempoh 27 tahun, 28 Februari ini.

“Saya pernah mendengarnya sebagai perkara terhebat, hanya jika anda menewaskan mereka,” Klopp memberitahu wartawan di Anfield selepas perlawanan semalam. “Saya tidak memiliki apa-apa pengaruh. Kami akan menonton perlawanan itu esok dan Man City ketinggalan satu gol. Ia satu kemungkinan.

“Kami menerima keputusan itu. Sudah pasti ia perlawanan akhir utara England dan jika segalanya bergabung dalam keadaan bagus, ia menjadi perlawanan penting di Wembley.

Klopp meraikan kemenangan Reds ke atas Stoke City bersama Adam Lallana di Anfield, semalam. – Reuters
Klopp meraikan kemenangan Reds ke atas Stoke City bersama Adam Lallana di Anfield, semalam. – Reuters

“Sesuatu yang hebat bagi seluruh bandar. Bandar raya ini layak kerana ia tempat yang hebat bagi bola sepak dan bagaimana Blues dan Reds hidup bersama dalam kehidupan biasa begitu juga seharusnya kedudukan dalam bola sepak.

“Tetapi jika anda bertemu sesama sendiri, anda seharusnya mahu menewaskan pesaing masing-masing. Dalam perlawanan itu, lalukan segala yang termampu untuk menewaskan mereka.

“Alangkah bagus jika seluruh Liverpool berada di sana, tetapi kami seharusnya melihat tempat kami akan menjadi bandar raya yang kosong!”

Mendahului 1-0 menerusi jaringan perlawanan pertama dari Jordon Ibe di Stadium Britannia, Liverpool menyaksikan kelebihan mereka diketepikan pada masa penamat separuh masa pertama di Anfield apabila Marko Aranutovic membuat hantaran lintang dari Bojan Krkic biarpun dilihat berada dalam kedudukan ofsaid. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA