Impian Leverkusen

Impian Leverkusen

BERLIN, 28 Ogos – Bayer Leverkusen menuju Bayern Munich esok merancang untuk menggulingkan pasukan Bavaria itu dari kedudukan teratas Bundesliga tetapi kehilangan penyerang Korea Selatan, Son Heung-Min.

Dengan jendela perpindahan ditutup Isnin depan, Son berbincang dengan Tottenham Hotspur dan beliau mungkin bintang terbaru Bundesliga menyertai Liga Perdana.

Pemain berusia 23 tahun itu dengan kontrak bersama Leverkusen sehingga 2018, dilaporkan bersedia untuk menandatangani persetujuan bernilai 30 juta euro (AS$34 juta), jika lulus pemeriksaan kesihatan.

Bayer memberikan lampu hijau agar rundingan perpindahan diteruskan, menurut laporan media Jerman.

Son tidak diturunkan dalam kemenangan Leverkusen 3-0 ke atas Lazio Rabu lalu dalam persaingan play-off Liga Juara–Juara, yang menyaksikan pasukan dari Jerman itu layak mara ke peringkat kumpulan dengan agregat 3-1. Dan dia mungkin menjadi pemain Spurs pada sepak mula di Allianz Arena, Bayern esok.

Pemain Leverkusen meraikan kemenangan pusingan kedua play-off Liga Juara-Juara menentang Lazio di Leverkusen kelmarin. – AFP
Pemain Leverkusen meraikan kemenangan pusingan kedua play-off Liga Juara-Juara menentang Lazio di Leverkusen kelmarin. – AFP

Leverkusen pada masa ini berada di tangga ketiga dengan Munich di tangga kedua selepas mencatatkan kemenangan 2-0 di tempat sendiri ke atas Bayern Mei lalu. Bekas midfield Leverkusen, Arturo Vidal dijangka tidak beraksi.

Vidal membuat 117 kemunculan liga, menjaringkan 15 gol bagi Leverkusen dari 2007-11 sebelum menyertai Juventus, kemudian Bayern Julai lalu dengan yuran 37 juta euro.

“Saya selalu membawa Leverkusen di hati. Ia adalah perlawanan istimewa bagi saya dan kali pertama saya beraksi menentang bekas kelab. Saya gembira dengan Leverkusen, tetapi sekarang saya beraksi untuk Bayern dan mahu memberikan segala-galanya untuk perlawanan ini,” katanya.

Di samping Dortmund, yang menghoskan Hertha Berlin esok dan mengungguli kedudukan dengan perbezaan jaringan, Bayern dan Leverkusen adalah pasukan dalam kelompok teratas Jerman dengan rekod 100 peratus selepas dua perlawanan. – AFP