Impian Olimpik Ozil mengejutkan

Impian Olimpik Ozil mengejutkan

BERLIN, 3 Sept (AFP) – Bintang Arsenal Mesut Olzil yang berkata beliau mengimpikan untuk membantu pasukan Jerman memenangi pingat emas Olimpik 2016 di Rio de Janeiro mengejutkan kaki tangan pasukan senior kebangsaan.

Pemain berusia 26 tahun itu memberitahu majalah sukan Bild, “Adalah menarik” membantu negaranya memenangi pingat emas pada sukan 2016, dua tahun selepas membantu Jerman memenangi Piala Dunia di Stadium Maracana, Rio.

Tetapi dengan persaingan Euro 2016 di Perancis bermula 10 Jun sehingga 10 Julai dan Olimpik Rio bermula pada 5 Ogos tahun depan, Ozil tahu peluang untuk memenangi pingat emas adalah tipis, terutama ketika kelabnya Arsenal mahunya kembali untuk latihan pra musim.

“Beraksi di Olimpik adalah satu impian. Tetapi saya faham bahawa ia sukar dilaksanakan kerana keperluan jadual,” Ozil memberitahu SID, anak syarikat AFP.

Mesut Ozil (kanan) ketika beraksi menentang Crystal Palace dalam aksi liga di Selhurst Park, 16 Ogos. – Reuters
Mesut Ozil (kanan) ketika beraksi menentang Crystal Palace dalam aksi liga di Selhurst Park, 16 Ogos. – Reuters

Untuk beraksi di Olimpik, pemain perlu berusia bawah 23 tahun, tetapi tiga pemain yang lebih usia dibenarkan dalam setiap skuad negara.

Horst Hrubesch, yang akan menjadi jurulatih Jerman di Olimpik, berkata dia ‘tidak akan berkata tidak’ jika Ozil dapat tetapi pengurus pasukan senior, Oliver Bierhoff melihat idea itu dengan serius.

“Saya berminat melihat bagaimana reaksi kelabnya,” jelas Bierhoff. “Pada akhirnya, segalanya mungkin tetapi Euro 2016 diutamakan dan saya boleh membayangkan dia mahu beraksi untuk kedua-duanya.”

Ketua jurulatih Joachim Loew yang tidak kagum dengan idea itu berkata: “Tidak, saya tidak dapat membayangkannya,” Loew memberitahu majalah Jerman, Kicker. Dengan tarikh yang diberikan, ia nampak sukar.”

Jelas peluang untuk memenangi pingat Olimpik seperti merayu rakan sepasukan Ozil dengan Thomas Mueller berkata dia ‘tidak akan terlibat’ sementara Toni Kroos pula berkata dia ‘akan memastikan tempatnya’ berbanding calon lain.

ARTIKEL YANG SAMA