Import Asia pada minyak Iran merosot 18 peratus

Import Asia pada minyak Iran merosot 18 peratus

TOKYO, 29 Jan – Import minyak Iran di Asia merosot 18 peratus pada Disember berbanding setahun sebelumnya, tatkala pembeli minyak mentah terbesar Iran mengelak daripada menambah pembelian mereka sebelum sekatan dibatalkan sebagai sebahagian daripada perjanjian mengenai program nuklear Tehran.

Namun pemulihan Iran dalam sistem komersial antarabangsa sedang diteruskan, dengan eksport minyak meningkat pada bulan ini dan bulan depan, menurut data yang diperoleh oleh Reuters.

Perjanjian bernilai berbilion-bilion dolar juga telah dipersetujui dengan syarikat dari Itali, Perancis dan negara Eropah lain sejak sekatan dibatalkan pada pertengahan bulan.

Import oleh empat pembeli terbesar Iran iaitu China, India, Jepun dan Korea Selatan mencecah kurang 1 juta tong sehari (bpd) pada Disember, berkurangan daripada 1.2 juta bpd setahun lalu, data daripada kerajaan dan penjejas menunjukkan.

Import 2015 melebihi 1 juta bpd, merosot 8 peratus daripada tahun sebelumnya. Angka ketibaan menunjukkan pembelian masih terkawal walaupun selepas satu perjanjian dicapai pada Julai untuk mengawal program nuklear Iran.

Gambar yang diambil pada 17 Januari 2012 menunjukkan sebuah bot melalui dok minyak di pelabuhan Kalantari di Kota Chabahar. – Reuters
Gambar yang diambil pada 17 Januari 2012 menunjukkan sebuah bot melalui dok minyak di pelabuhan Kalantari di Kota Chabahar. – Reuters

Republik Islam itu berkata programnya adalah untuk penghasilan tenaga dan bukannya menghasil bom nuklear, seperti yang didakwa oleh Amerika Syarikat dan sekutunya.

Sekarang, dengan sekatan dibatalkan selepas Tehran mengambil langkah yang diperlukan seperti yang ditetapkan dalam perjanjian Julai, Iran sedang menambah eksport tatkala ua berusaha memperoleh semula saham pasaran, menurut data daripada satu sumber yang tahu mengenai jadual pemunggahan Iran.

Sekatan diperkenalkan untuk mengekal eksport Iran pada kira-kira 1 juta bpd, merosot daripada purata 2.5 juta bpd pada 2011 dan telah dipuji kerana memaksa Tehran ke meja rundingan berhubung aktiviti nuklearnya.

Presiden Hassan Rouhani tidak sabar-sabar untuk merangsang ekonomi negara selepas memenangi satu pilihan raya berdasarkan janji akan memulihkan hubungan dengan Barat dan mencetuskan pemulihan ekonomi berdasarkan pembatalan sekatan.

Pembelian minyak mentah Iran oleh Jepun meningkat lebih 30 peratus pada Disember berbanding setahun sebelumnya kepada kira-kira 175,000 bpd, data kementerian perdagangan menunjukkan hari ini. – Reuters