Import China pada Mei merosot

Import China pada Mei merosot

BEIJING, 8 Jun – Import China merosot pada kadar paling perlahan mereka dalam lebih satu setengah tahun pada Mei, data rasmi menunjukkan hari ini, dalam petanda permintaan domestik di ekonomi kedua terbesar dunia mungkin berpulih.

Negara itu merupakan penjana utama pertumbuhan dunia dan permintaannya untuk komoditi mempunyai implikasi besar untuk negara yang kaya dengan sumber dari Australia ke Nigeria.

Import China telah merosot sejak akhir 2014 tatkala perkembangan negara menjadi lembap disebabkan kapasiti berlebihan pengeluaran, kelembapan pasaran harta dan bebanan hutang yang banyak.

Namun kemerosotan 0.4 peratus dalam import Mei menandakan kadar kemerosotan paling perlahan sejak Oktober 2014, apabila pertumbuhan dicatatkan sebanyak 4.6 peratus, data kastam menunjukkan.Keputusan itu juga lebih baik daripada ramalan kemerosotan sebanyak 6.8 peratus oleh Bloomberg News berdasarkan satu tinjauan ke atas ahli ekonomi.

Gambar yang diambil pada 19 Mei 2016 menunjukkan pelabuhan Qinzhou di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang selatan China. Eksport China dari segi yuan meningkat 1.2 peratus dan import meningkat 5.1 peratus tahun ke tahun pada bulan Mei, sementara Import China pula merosot pada kadar paling perlahan mereka dalam lebih satu setengah tahun pada Mei. – Xinhua
Gambar yang diambil pada 19 Mei 2016 menunjukkan pelabuhan Qinzhou di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang selatan China. Eksport China dari segi yuan meningkat 1.2 peratus dan import meningkat 5.1 peratus tahun ke tahun pada bulan Mei, sementara Import China pula merosot pada kadar paling perlahan mereka dalam lebih satu setengah tahun pada Mei. – Xinhua

“Pemulihan harga komoditi dan permintaan domestik yang agak kukuh sedang menjana pemulihan dalam pertumbuhan import,” kata penganalisis dengan firma penyelidikan Capital Economics, Julian Evans-Pritchard dalam satu nota.

Nilai untuk import Mei mencecah pada AS$131.1 bilion, menurut pejabat kastam China.Peningkatan dalam import kemungkinan bertahan sehingga akhir tahun ini dan “kembali kepada julat positif tidak lama” sebahagiannya disebabkan “pelaksanaan dasar pelonggaran sebelumnya yang membantu merangsang permintaan domestik,” kata Evans-Pritchard.

Bagaimanapun, eksport merosot 4.1 peratus pada bulan lalu berbanding setahun lalu kepada AS$181.1 bilion, ekoran satu kemerosotan sebanyak 1.8 peratus pada April dan meninggalkan lebihan dagangan kurang daripada $50 bilion, angka menunjukkan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA