Import, eksport China menurun

Import, eksport China menurun

BEIJING, 13 Julai – Import dan eksport China kedua-duanya jatuh pada kadar pantas bulan Jun, menurut data rasmi hari ini, dalam penunjuk lemah terbaru bagi ekonomi kedua terbesar di dunia.

Import jatuh 8.4 peratus dari setahun ke setahun dalam terma dolar pada Jun, menurut Kastam, sementara eksport merosot 4.8 peratus. Lebihan perdagangan bulanan melonjak kepada AS$48.1 bilion.

Sebagai peniaga terbesar barangan di dunia, China amat penting kepada ekonomi sejagat dan prestasinya turut menjejaskan rakan-rakan dari Australia ke Zambia, yang dihambat oleh pertumbuhan perlahan – sementara ia berdepan haluannya sendiri dalam pasaran membangun penting.

Pengimportannya itu telah merosot sejak lewat 2014 ketika pengembangan ekonomi negara itu yang pernah memuncak hilang kuasa, perlahan akibat kapasiti pengilangan yang berlebihan, pasaran hartanah lembap dan hutang semakin tinggi.

Kemerosotan pada Jun – 20 bulan kemerosotan memanjang – muncul selepas lantunan mengejut pada Mei yang mengusulkan permintaan semakin kukuh.

Kontena-kontena kargo yang hendak dihantar ke sebuah pelabuhan di Lianyungang, wilayah Jiangsu timur China pada 13 Julai. Import dan eksport China merosot pada Jun. – AFP
Kontena-kontena kargo yang hendak dihantar ke sebuah pelabuhan di Lianyungang, wilayah Jiangsu timur China pada 13 Julai. Import dan eksport China merosot pada Jun. – AFP

Kejatuhan itu lebih besar daripada penganalisis jangkakan, dengan undian ekonomis Bloomberg meramalkan import jatuh 6.2 peratus dalam terma dolar.

Kastam menyumbang kepada kejatuhan dalam nilai import sehingga melemahkan harga komoditi.

“Isi padu input komoditi besar seperti bijih besi, minyak mentah dan tembaga kekal bertumbuh,” katanya dalam satu kenyataan.

“Harga-harga komoditi import besar kekal rendah dengan kemerosotan harga.”

Import dan eksport China kedua-dua jatuh pada separuh masa pertama tahun ini, masing-masing 10.2 peratus dan 7.7 peratus.

Kastam mengatakan adanya ‘halangan ketara’ menyekat perkembangan perdagangan asing China, terutamanya kemerosotan dalam kedua-dua arah pernia-gaan dengan rakan perdagangan besar seperti AS dan ASEAN. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA