Import, eksport China merosot lagi

Import, eksport China merosot lagi

BEIJING, 8 Sept – Import dan eksport China merosot sekali lagi pada Ogos, kata pihak berkuasa hari ini, halangan terbaru untuk peniaga nombor satu di dunia dalam barangan, tatkala perniagaan Eropah menggesa pihak berkuasa supaya mempercepat pembaharuan untuk mengelak keadaan tidak berkembang dalam ekonomi besar itu.

Angka keluar tatkala kemelesetan pertumbuhan dalam ekonomi China – di mana permintaan untuk komoditi dan statusnya sebagai pasaran penting menjadikannya penjana utama ekonomi dunia – telah mencetuskan panik di seluruh pasaran global.

Beijing berusaha mengimbangi semula kepada model ekonomi yang lebih mampan di mana perkembangan didorong oleh permintaan pengguna dan bukannya eksport dan pelaburan, tetapi peralihan terbukti tidak senang, satu keadaan yang diburukkan lagi oleh permintaan lemah di beberapa pasaran utama China.

Dewan Perniagaan Kesatuan Eropah mengingatkan dalam satu laporan tahunan bahawa pelaksanaan “perlahan” pembaharuan pasaran menghadapi risiko menjerumuskan negara kepada kelembapan.

Pihak berkuasa China sedang menyasarkan pertumbuhan sebanyak kira-kira enam peratus dalam perniagaan dua hala pada tahun ini.

Para pekerja memindahkan barangan di pelabuhan Lianyungang, wilayah Jiangsu, timur China pada 8 September. Import dan eksport China menurun lagi bulan ini, halangan terbaru bagi peniaga nombor satu dalam barangan. – AFP
Para pekerja memindahkan barangan di pelabuhan Lianyungang, wilayah Jiangsu, timur China pada 8 September. Import dan eksport China menurun lagi bulan ini, halangan terbaru bagi peniaga nombor satu dalam barangan. – AFP

Sebaliknya ia merosot sebanyak 9.1 peratus pada keseluruhannya pada Ogos, diukur dalam dolar, kata Kastam.

“Eksport ke AS dan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara terus bertumbuh tetapi hantaran ke EU dan Jepun merosot,” kata Kastam di laman webnya. Eksport merosot 5.5 peratus kepada $196.9 bilion pada Ogos, katanya.

Bagaimanapun, kemerosotan adalah kurang berbanding ramalan kemerosotan sebanyak 6.6 peratus dalam satu tinjauan ke atas ahli ekonomi oleh Bloomberg News, dan juga satu peningkatan daripada kemerosotan 8.3 peratus pada Julai.

Import merosot 13.8 peratus kepada $136.6 bilion, kata Kastam, menyumbang kemerosotan kepada kemerosotan harga komoditi.

Ia adalah kemerosotan bulanan ke-10 berturut-turut dalam nilai import, dan lebih teruk daripada ramalan tinjauan kemerosotan 7.9 peratus oleh Bloomberg dan kemerosotan sebanyak 8.1 peratus pada Julai.– AFP

ARTIKEL YANG SAMA