Inada kendali kementerian pertahanan Jepun

Inada kendali kementerian pertahanan Jepun

TOKYO, 3 Ogos – Perdana Menteri Shinzo Abe hari ini memilih penasihat yang dianggap oleh pihak nasionalis sebagai menteri pertahanan baru, satu langkah yang mungkin membangkitkan kebimbangan di China dan Korea Selatan.

Tomomi Inada, 57 tahun, peguam yang menjadi ahli politik, menjadi wanita kedua menyelia kementerian pertahanan selepas Yuriko Koike, yang pernah berkhidmat sekejap pada tahun 2007. Koike telah lantik sebagai gabenor Tokyo Ahad lalu.

Inada, ahli undangan empat penggal ,sebelum ini adalah ketua dasar parti memerintah Abe, parti Demokratik Liberal(LDP) dan mengongsikan pandangan kerasnya tentang sejarah Jepun abad ke-20.

Inada, yang menggantikan Gen Nakatami, yang dilantik menduduki jawatan itu sebagai sebahagian penyusuan semula kabinet oleh Abe selepas kemenangan besar LDP dalam pilihan raya parlimen dewan tertinggi bulan lalu.

Perlantikannya dibuat pada hari sama Korea Utara, yang menjadi kebingungan besar keselamatan bagi Jepun, melancarkan ujian peluru berpandu balistik yang mendarat 250 kilometer di perairan pantainya – buat pertama kalinya di perairan yang dikawal Jepun. Inada, ibu kepada dua orang anak, mempunyai sejarah menimbulkan kejengkelan jiran-jiran Asia seperti China dan Korea Selatan.

Dia kerap menziarahi tanah perkuburan perang Yasukuni, Jepun yang menimbulkan kontroversi dan pernah berperanan penting dalam kumpulan kajian LDP yang dilancarkan tahun lalu untuk mengkaji semula sejarah Jepun, dilaporkan mengambil isu-isu yang menimbulkan kontroversi seperti pembunuhan beramai-ramai Nanjing dan perbicaraan jenayah perang Tokyo.

Pada tahun 2011 dia dan dua orang ahli politik konservatif Jepun merancang melawat pulau UIleung, wilayah terdekat Korea Selatan dengan kepulauan Dokdo yang dikawal Seoul di Laut Jepun (Laut Timur) yang dikenali di Jepun sebagai Takeshima.

Mereka telah terbang ke lapangan terbang Seoul untuk mendesak tuntutan Tokyo ke atas kepulauan yang dipertikaikan dan selama berjam-jam enggan terbang pulang selepas mereka tidak dibenarkan masuk ke Korea Selatan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA