Incomm, DST lancar kedai Samsung

Incomm, DST lancar kedai Samsung

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 April – DST Incomm dan rakan kongsi DST, hari ini, telah melancarkan kedai konsep Samsung di Gadong.

Pelancaran kedai berkenaan telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif DST, Awang Suhaimi bin Hussain bersama Presiden Samsung Electronic di Singapura, Stephen Suh.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif DST, Haji Marsad bin Haji Ismail menjelaskan bahawa inisiatif kedai konsep ini adalah usaha berterusan DST memperbaiki dan mempertingkatkan lagi pengalaman perkhidmatan yang diharapkan oleh pelanggan.

Menurutnya, melalui perkongsian bersama Samsung ini, DST akan dapat memaksimumkan kepakaran teknologi Samsung dan menawarkan urus niaga terbaik untuk memberikan nilai besar kepada pelanggan.

Pelancaran Kedai “The Samsung Experience” itu, kelmarin.
Pelancaran Kedai “The Samsung Experience” itu, kelmarin.
Warga DST Incomm melayani pelanggan di majlis itu.
Warga DST Incomm melayani pelanggan di majlis itu.

“Pelanggan bukan hanya boleh mendapatkan produk terbaru Samsung tetapi akan dilayan oleh pasukan DST Incomm yang berkelayakan dan berpengetahuan dalam hal produk-produk Samsung,” ujarnya lagi.

Kedai ini dibuka pada setiap hari dari pukul 9 pagi sehingga 9 malam dan akan ditutup pada jam 12 tengah hari sehingga 2 petang pada setiap hari Jumaat.

ARTIKEL YANG SAMA