Indahkan pusing keliling

Indahkan pusing keliling

Saya sering dan malah setiap hari menggunakan Jalan Estate Gadong, Bandar Seri Begawan untuk pergi ke kawasan Simpang 128 dan sekitarnya yang mana terdapat deretan rumah-rumah mewah dan cantik.

Untuk ke sana mestilah melalui satu pusing keliling yang begitu sibuk (di hujung landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

Apa yang menyedihkan ialah keadaan pusing keliling ini dipenuhi rumput rampai yang panjang dan keadaannya tidak terpelihara walaupun terletak di kawasan Bandaran BSB.

Dari itu dicadangkan kepada pihak berkenaan supaya membisaikan keadaan pusing keliling itu dengan ditanami pokok-pokok bunga yang sesuai supaya kelihatan cantik dan menarik sesuai dengan konsep ‘bandar raya dalam taman.’

Adalah juga dicadangkan supaya pusing keliling ini diberikan nama khas (mungkin Pusing Keliling Gadong Estate) bagi kemudahan orang ramai di dalam keadaan kecemasan dan petunjuk arah di mana seseorang itu tinggal untuk senang dilawati dan dikunjungi.

Terima kasih atas tindakan yang akan diambil oleh pihak yang berkenaan. Awang Liah, Pangkalan Gadong, BSB

ARTIKEL YANG SAMA