Indeks Pembelian Pengurus China susut

Indeks Pembelian Pengurus China susut

BEIJING, 1 Dis (Bernama) – Aktiviti perkilangan China perlahan pada November ekoran permintaan domestik dan antarabangsa yang terus lembap, manakala musim sejuk lazimnya merupakan musim rendah bagi sektor pembuatan, lapor agensi berita Xinhua hari ini.

Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan China mencatatkan 49.6 bagi bulan berkenaan, susut dariapada 49.8 pada Oktober, kata Xinhua memetik data yang dikeluarkan oleh Biro Perangkaan Nasional dan Persekutuan Logistik dan Pembelian China.

Bacaan melepasi 50 menunjukkan peningkatan, manakala bacaan di bawah 50 menunjukkan penguncupan.

ARTIKEL YANG SAMA