Indeks perniagaan China meningkat

Indeks perniagaan China meningkat

BEIJING, 18 Sept – Ahli perniagaan di China melaporkan keadaan operasi yang lebih baik bagi suku ketiga 2016 dan yakin dengan ekonomi yang lebih meluas, kata bank pusat itu hari ini.

Indeks perniagaan meningkat kepada 50.3 peratus daripada 48.3 peratus pada suku kedua dan indeks keuntungan meningkat kepada 54.7 peratus daripada 52.7 peratus, menurut kaji selidik yang dibuat oleh Bank Rakyat China (PBOC).

Di samping itu, kualiti indeks ekonomi dan indeks keyakinan ekonomi meningkat berbanding suku sebelumnya, yang menunjukkan prospek yang lebih cerah.

Tinjauan berasingan PBOC mendapati bahawa bank-bank Cina juga berfikir daya hidup ekonomi pulih antara Julai dan September.

Menurut kaji selidik itu, 78.2 peratus daripada bank-bank yang ditinjau percaya dasar monetari adalah “betul,” meningkat daripada 74.6 peratus pada suku kedua. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA